[FOTO] “Dia cek makanan takut tumpah..” Amanah dan Gigih, Rider Jatuh Tersungkur Bangun Semula Hantar Makanan Pelanggan

Sejak musim wabak penyakit dan PKP ini, perkhidmatan penghantaran makanan mendapat permintaa tinggi. Justeru, terkadang para pelanggan banyak yang merungut kerana pesanan lambat tiba. Baru-baru ini menerusi Facebook, Dave Ming Cheng berkongsi kisah seorang ‘rider’ Foodpanda yang jatuh motorsikal disebabkan jalan terlalu licin akibat hujan mengundang pelbagai reaksi netizen. Menurut Dave, pelbagai risiko yang terpaksa [...]

Musim wabak COVID-19 serta pelaksanaan PKP ini membuatkan perkhidmatan penghantaran makanan mendapat permintaan tinggi.

Oleh itu, kadang-kadang para pelanggan banyak yang merungut kerana pesanan lambat tiba.

Terbaru, menerusi uat naik di Facebook, Dave Ming Cheng berkongsi kisah seorang rider Foodpanda yang jatuh motorsikal disebabkan jalan terlalu licin akibat hujan mengundang pelbagai reaksi netizen.

MAAFKAN MEREKA. BUKAN ITU YANG MEREKA PINTA

Pada waktu² sekarang, jika pesanan makanan kita lambat sampai, jangan batalkan pesanan atau tidak angkat call kerana marah akibat menunggu terlalu lama.

Ada rider yang beritahu, mereka akan dikenakan tindakan sekiranya lambat atau dapat complaint daripada pelanggan. Jadi mereka terpaksa bawa motor dengan lajunya.

Cuba kita fahami cabaran dan risiko tugas mereka. Jika ditanya, sudah pasti jawapan mereka adalah untuk menghantar pesanan tersebut ke pelanggan secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memahami mereka.

Gambar dikirimkan oleh seorang rakan (tidak pasti lokasinya) menunjukkan kejadian di mana seorang penghantar makanan jatuh tersungkur kerana hujan…jalan licin.

Orang awam yang ada di situ membantu beliau bangun dan angkat motor semula. Apa yang menyentuh hati adalah beliau tidak periksa badan sendiri sama ada luka atau pun tidak.

Apa yang dicari dahulu adalah ‘food box’ pada motor. Beliau memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah sebelum mengambil telefon bimbit beliau yang terpelanting jauh.

Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Kasut kita tak sama, kawan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap semua rider lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas dan sentiasa dilindungi-Nya.