Individu Misteri Derma Mesin Ujian COVID-19 Bernilai RM148,000 Pada Hospital Sibu

Seorang individu berhati mulia hari ini menyumbangkan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19. Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut [...]

Sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 telah disumbangkan oleh individu misteri untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19.

Penderma yang enggan dikenali itu membuat sumbangan melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat pada satu majlis ringkas di sana.

Menurut Dr Annuar, sumbangan itu menjadikan pusat itu sekarang dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 di daerah ini dan sekitarnya.

“Mesin baru ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,” katanya.

Selain itu, Dr Annuar yang juga adun Nangka berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu akan mula mengedarkan barangan makanan dan keperluan harian, esok dan lusa kepada hampir 2,000 penduduk di sana, bagi mengurangkan beban mereka semasa penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.