Semasa
“Ikon penyatuan negara!!” Lee Chong Wei Beri Sumbangan Pada Masjid

Ramai insan diluar sana menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum atau warna kulit.
Keunikan Masyarakat majmuk di negara mendorong kita membantu insan lain tidak kira dari segi apa pun dan mengangggap kita semua ada satu Malaysia.
Kepuasan dan memberi dan membantu sememangnya memberikan kepuasan dan menambahkan rasa syukur dalam diri.
Datuk Lee Chong Wei beri sumbangan kepada Masjid
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur, seorang atlit negara datang menghulurkan bantuan.
Beliau adalah bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memberikan sumbangan kepada masjid berkenaan.
Menurut Facebook rasmi masjid itu, Datuk Lee Chong Wei memberikan sumbangan wang tunai dan kelengkapan untuk masjid tersebut.
Sumbangan wang dan kelengkapan Masjid
“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei”
“Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini”.
“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP”.
Semoga kebaikan milik kita bersama
“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin”.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pemberian kepada institusi masjid walaupun bekas pemain badminton negara ini bukan beragama Islam.
Semoga sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei itu menjadi inspirasi kepada kita semua.
"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.

You may like
Popular

Ibu Mengandung Terpaksa Berdiri Tunggu Giliran, Kaum Bapa Siap Boleh ‘Lena’ Di Kerusi Buat Ramai Kurang Senang

Anak Nangis Penat Naik Tangga Tingkat 17 Kerana Lif Rosak, Ibu Luah Serba Salah Tengok Anak Hidup Susah

“Senang2 buat duit” Kecoh Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, Netizen Syak Sesuatu ‘Tak Kena’

Bukan Beragama Islam, Merrywati Tampil Jelaskan Sebab Bertudung Ketika Silat Buat Ramai Kagum

“Sungguh kejam!” Badan Tertusuk Anak Panah, Kucing Cedera Dipercayai Dipanah Buat Ramai Berang!
