[VIDEO] Rentas Negeri Pergi Honeymoon, Ikmal Amry Dan Isteri Jawab Persoalan Netizen

Sejak 30 Mac lalu, seperti yang kita semua tahu kebanyakan netizen sudah mula bercakap mengenai isu rentas negeri yang dilakukan oleh pengacara terkenal Noor Neelofa dan suaminya iaitu Haris Ismail sehingga membuatkan ramai naik berang.

Jika diikutkan Neelofa sama sekali tidak boleh keluar dari negeri Selangor kerana ketika ini negeri tersebut masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun dengan niat melancong menggunakan perkidmatan agensi pelancongan.

Kini seorang lagi pelakon tempatan iaitu Ikmal Amry telah ‘disoal siasat’ oleh netizen apabila beliau dan isterinya memuat naik story serta posting di laman Instagram masing-masing dengan menujukkan bahawa mereka kini sedang berada di Langkawi untuk berbulan madu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Ramai pengikutnya menjadi tertanya-tanya apabila melihat Ikmal berbulan madu walhal kini sesetengah negeri masih lagi dalam tempoh PKPB.

Namun mujur pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu tidak mudah melatah dan menjelaskan bagaimana beliau dan isteri, Najla dibenarkan untuk merentas negeri.


Untuk makluman, sebelum ini Ikmal dan Najla berada di Negeri Sembilan yang mana merupakan negeri PKPP dan destinasi mereka di Langkawi turut berada di bawah status PKPP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Terdahulu, Ikmal Amry selamat melangsungkan pernikahan dengan personaliti media sosial iaitu Najla Shamsul selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Pengurus kepada Ikmal iaitu Ben Ali meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar malah mendedahkan aktor berusia 26 tahun itu menitiskan air mata selepas sah bergelar suami.

Menurut Ben lagi, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali sudah melakukan persiapan lima bulan sebelum majlis pernikahannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat. Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis.

“Ikmal jenis yang sangat relak dan tidak kelam kabut. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli,” kata Ben menerusi laporan Harian Metro.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ikmal menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua belah keluarga dan rakan rapat.

Difahamkan, majlis persandingan pasangan tersebut akan diadakan di sebelah pihak pengantin lelaki di Melaka pada malam Sabtu.