IKEA Batu Kawan Penang Dibuka Mac 2019, Ini 5 Barang Menarik Anda Boleh Beli di IKEA

Peminat-peminat perabot IKEA di negeri utara tanah air pasti gembira dengan berita ini.  Cawangan pertama IKEA di Penang akan mula dibuka di Batu Kawan, Pulau Pinang pada bulan Mac 2019.

Ikano Pte Ltd, pemilik franchise IKEA di Singapura, Malaysia dan Thailand membina IKEA Batu Kawan di atas tanah berkeluasan 24 ekar  dan pembinaannya sudah pun siap.

Kini dalam persiapan terakhir mereka untuk memulakan operasi pada pertengahan bulan Mac 2019 dan ini merupakan cawangan keempat Ikea di Malaysia yang menyediakan barangan kelengkapan rumah.

Menawarkan lebih 8,000 produk, pusat yang menjadi antara satu-satunya gedung IKEA di wilayah utara itu menampilkan gaya baharu berkonsepkan ‘kehidupan di rumah’.

Oleh itu, selepas ini ia pastinya akan menjadi tumpuan semua orang yang berada di utara kerana ia merupakan satu-satunya cawangan di wilayah itu.

“Dalam tempoh 26 hari lagi, kita akan menyaksikan pembukaan rasmi IKEA Batu Kawan dan kini seramai 300 rakan sekerja di IKEA sedang bertungkus lumus membuat persiapan terbaik bagi merealisasikan visi dalam mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai.

“Apatah lagi, pembukaan gedung IKEA di Pulau Pinang amat dinanti-nantikan apabila kesemua barangan dan produk yang ada di sini berada di bawah satu bumbung yang memberi kemudahan kepada semua,” kata pengurusnya A Pathmalingam.

Menurutnya gedung IKEA di Damansara Utama, Kuala Lumpur telah dikunjungi 100,000 pelanggan pada setiap minggu dan daripada jumlah itu lapan peratus adalah pelanggan dari Pulau Pinang.

Dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi, Ikea Batu Kawan, Penang itu memberikan sentuhan tempatan dari segi penyelesaian kelengkapan rumah yang sepadan dengan ruang kehidupan penduduk di wilayah utara.

IKEA Batu Kawan yang terletak di lokasi strategik turut memuatkan restoran dengan kapasiti 756 tempat duduk, 1,950 parkir serta bakeri.

5 Barang Menarik Anda Boleh Beli di IKEA

Rangka/bakul dawai/para atas/roda ALGOT

Kalau barang di rumah terlalu berselerak, ALGOT akan selesaikan kesemuanya!

Sempurnakan rangka ALGOT anda bersama bakul ALGOT (dijual berasingan) untuk penyelesaian storan dengan rekabentuk yang tersendiri yang sesuai di mana sahaja di rumah anda.

Troli RASKOG

Anda boleh menggunakan troli ini dalam pelbagai cara, termasuklah sebagai ruang kerja tambahan di dapur, sebagai storan praktikal di ruang masuk atau meja sisi di bilik tidur anda.

Ia merupakan antara troli yang paling popular dari IKEA. Cantik dan harga pun berpatutan.

Bekas Makanan PRUTA


Set 17 unit bekas makanan ini amatlah berbaloi jika dibeli! Hanya RM14.90 untuk satu set! Terdapat dua warna pilihan iaitu jingga dan hijau.

Kabinet Pintu Kaca DETOLF

Kalau anda seorang collector, kabinet ini sangat sesuai untuk anda ‘show off’ koleksi hobi anda. Amat sesuai untuk rumah, kedai ataupun pejabat. Warna pilihan adalah puti dan hitam coklat.

Meja Sisi LACK

Ini antara barang wajib ada di setipa rumah. Kalau sebelah sofa tiada meja, belilah meja sisi LACK!

Produk ini sudah melebihi 10 tahun tapi tidak ditelan zaman. Ia mudah dipasang, ringan dan mudah dialihkan. Harga pun tak sampai RM50!