‘Iftar gone wrong’! Pelajar Berbuka di Luar Kecoh Gara2 Hujan Buat Ramai Terhibur “Dah macam usop wilcha yang jerit tu”

Ramadan sudah hampir meninggalkan kita. Jadi ramai jugalah yang mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berbuka bersama-sama dengan kawan-kawan.

Iospital phone repair gombak

Kalau pelajar di universiti, kebanyakannya akan gemar memilih berkonsepkan piknik. Berbuka di tengah padang mahupun di gelanggang.

Seperti yang tular baru-baru ini, huru-hara jadinya apabila makanan yang sudah tersedia di tengah-tengah gelanggang bola keranjang tiba-tiba terpaksa diangkat semula gara-gara hujan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @rjaliesa di TikTok, dilihat pelbagai jenis juadah menyelerakan sudah tersedia oleh sekumpulan pelajar.

Malah, mereka turut dilihat sangat gembira dan teruja berbuka bersama-sama. Ada yang mengambil gambar, ada yang sedang bersuap-suapan.

Bagaimanapun, semuanya menggelupur setelah hujan turun tiba-tiba menyebabkan mereka terpaksa beredar dari situ bersama-sama makanan, mencari tempat berteduh.

Bukan itu sahaja, turut dapat dilihat pelajar lelaki yang menjerit dan kecoh lebih berbanding pelajar perempuan, menggamatkan lagi suasana!

Yang paling kelakar, seorang pelajar lelaki menjerit “duduk duduk, siapa bangun, bayar” menyebabkan ramai ketawa dan terhibur mendengarnya.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman berbaur lucu berkenaan kini berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 1.6 juta serta meraih sebanyak 166 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan respons geli hati dek kelakuan masing-masing yang panik kerana hujan yang mengejut.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“” duduk duduk sapa bangun bayaq ” dia tak sedar dia dah bangun HAHAHAHAH”

“the “sapa bangun bayaq” tu spontan sgt kan 😂”


“😂😂😂 ingatkan die menjerit sbb ade mercun ke apa 😂”

“HHHAHAHHAHAHA menggelupur la semua 🤣”

“”duduk duduk sapa bangun bayaq”😂😂”

“DUDUK DUDUK SAPA BANGUN BAYAQ HAHAHAHA INGAT KAT MAMAK KE”

“hari ii lain takde nya hujan.. hrini tetiba hujan time iftar.. huhu”

Video yang tular di laman TikTok

@rjaliesa Kalau fyp kita post video ori haahahaha #fypage #suksisupsi ♬ original sound – rjnraliesa