Cacat Sejak Lahir, Netizen ‘Emosi’ Tengok Lelaki Kaki Terlipat Ke Belakang Tetap Berguling Ke Masjid “Abang ni lah yang akan lari berdesup masa titian sirat”

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perumpaan yang sesuai digambarkan apabila kita melihat seseorang yang kelainan upaya menjalani kehidupan seharian mereka.

Iospital phone repair gombak

Meskipun kemampuan fizikalnya tidak seperti orang normal yang lain, namun itu bukanlah penghalang bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk tidak menikmati hidup mereka.

Baru-baru ini, tular satu rakaman meruntun hati di TikTok oleh @nasrulmohamed memaparkan seorang lelaki OKU berguling di dalam masjid.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki mengalami cacat pada bahagian kaki dan tangan dilihat bersemangat menunaikan ibadah bersama jemaah lain.

Menurut pemilik video, Nasrul Mohamed, 47, dia pernah melihat lelaki berkenaan pada 2019 sebelum bertemu semula.

“Video itu dirakam di Masjid Kubang Kerian pada Khamis. Saya pernah nampak dia pada 2019. Kemudian pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya lama tak nampak dia.

“Ketika pergi tarawih pada Khamis, baru saya nampak dia balik. Dia ada kaki dan tangan, tapi kakinya terlipat ke belakang. Jadi dia bergerak dengan cara berguling.

“Kalau nak pergi masjid, dia tumpang orang. Bila sampai masjid, dia akan berguling. Itu cara yang dia selesa sejak kecil lagi,” kata Nasrul.

Tambahnya yang menetap di Bachok, dia sempat berborak dengan lelaki OKU itu, namun tidak bertanya lanjut tentang peribadinya.

“Saya sempat berborak dengannya, tapi tidaklah berborak panjang sebab dah nak solat. Saya tanya umur, katanya umur dalam lingkungan 30-an. Dia tinggal di mana, kerja apa, saya tak tanya.

“Bila tengok dia, saya rasa kagum. Kalau dia boleh datang masjid, takkan kita tak boleh datang? Dia memberi inspirasi agar kita pun rajin datang ke masjid.

“Dalam pertemuan itu, saya pun tak bantu angkat dia, saya memang tak boleh angkat. Lagipun dia memang selesa macam tu. Dia lebih cepat dengan cara itu, dia sendiri pun tak perlukan kerusi roda,” jelas Nasrul.

Setakat artikel ini ditulis, video tular berkenaan berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 336 ribu dalam masa satu hari serta meraih 31.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@nasrulmohamed CACAT SEJAK KECIL NAMUN TETAP BERGULING KE MASJID. #CapCut #berandafyp #berandatiktok #beranda #balikraya #raya2023 #raya2023 #fypシ #perantau #aidilfitri #raya #ramadhan #ramadhan2023 #ramadhankareem #ramadhantiba ♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid