Ibu Sebak Lihat Anak Peluk Gambar Arwah Suami Sambil Menangis

Kehilangan insan yang bergelar ayah bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi buat anak-anak kecil yang masih memerlukan sentuhan dan kasih sayang seorang ayah.

Kehilangan ayah yang juga ketua keluarga pastinya meninggalkan kesan yang besar kepada kanak-kanak. Selain terpaksa menahan rindu yang tidak berkesudahan, mereka ini juga mempunyai cara yang tersediri untuk melepaskan perasaan rindu.

Seperti yang tular baru-baru ini di TikTok, seorang wanita telah berkongsikan satu rakaman CCTV di rumahnya yang membuatkan ramai sebak.

Menerusi video yang dimuat naik, dilihat salah seorang anak @eldazaiman mengeluarkan satu bingkai gambar dari laci meja dan menunjukkan kepada adik kecilnya yang sedang baring di sebelah.

Elda berkata, pada mulanya dia sahaja ingin memeriksa jika kesemua anaknya sudah tidur. Namun perasaannya bertukar hiba apabila melihat anaknya yang dipanggil Bang Ngah tidur sambil memeluk gambar suaminya yang dibingkaikan.

Menurut Elda, anaknya itu suka bercerita kepada adiknya yang masih kecil tentang suaminya memandangkan adiknya itu tidak sempat kenal dengan Abah mereka kerana baru berusia sebulan lebih ketika ayah mereka meninggal dunia.

Difahamkan, suami Elda telah meninggal dunia empat tahun lepas dan akui tindakan anaknya yang menatap gambar si ayah sebelum tidur membuat dia sebak.

“Nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati. Mama tau bang ngah kuat. Anak-anak mama semua kuat. Mama dan arwah abah sayang semua dunia akhirat.”

Video berdurasi 6 minit yang dikongsikan Elda beberapa hari lepas berjaya mengundang sebak netizen sehingga mencecah 1.6 juta tontonan serta dan menerima 80.5 ribu tanda suka! itu

Video yang tular di laman TikTok

@eldazaimansemoga terus kuat anak²ku.. 🥺nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati..😢mama tau bang ngah kuat..anak² mama semua kuat..mama & arwah abah syg semua dunia akhirat..jangan sedih sebab nanti mama pun sedih 🥺😭♬ original sound – eldazaiman