“Adik saya tak meninggal. Adik saya ada dekat syurga” Tiga Bulan Berlalu Ibu Masih Rindukan Anak

Ibu bapa mana yang sampai hati melihat anak kecil mereka sakit lalu ‘pergi’ meninggalkan mereka dahulu sebelum mereka lebih-lebih lagi kaum ibu yang membawa kandungan selama 9 bulan 10 hari.

Kehilangan anak tersayang sudah pasti meninggalkan luka yang dalam kepada hati ibu bapa malah memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

Bagaimanapun, ibu bapa harus reda dengan ketentuanNya dan sentiasa bersangka baik dengan Maha Pencipta. Allah lebih mengetahui dan menyanyangi hambaNya lebih daripada manusia itu sendiri.

Persis seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Fyqa Syafiqah yang kehilangan puteri keduanya pada 3 Julai lalu pada usia 4 tahun disebabkan satu penyakit ‘rare‘, Nemaline Myopathy With Dilated Cardiomyopathy.

Fyqa akui, walaupun sudah hampir tiga bulan berlalu, sakitnya menahan rindu kepada Aisyah tidak pernah berkurangan buat mereka sekeluarga termasuk anak sulungnya, Aurora.

Menerusi akaun TikTok milik Fyqa, dia masih memuat naik momen-momen indah ketika Aisyah masih ada untuk melepaskan rindu kepada permata hatinya itu. Kata Fyqa, dulu dia sering membuka tiub pada hidung Aisyah tapi sekejap sahaja.

“Dulu boleh buka oxygen kejap-kejap, tapi kat syurga dah tak perlu pakai langsung, mesti Aisyah gembira sangat,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan.

Video berdurasi 58 saat yang dikongsikan Fyqa mengundang sebak netizen dengan meraih sebanyak 3.4 juta tontonan serta 174.7 ribu tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya sebak atas pemergian anak kecil yang istimewa itu. Selain itu, netizen turut bersimpati kepada Fyqa sekeluarga dan mendoakan agar Aisyah tenang di sana.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“AL Fatihah,comelnye bidadari syurga ,semoga awk tenang disana.”

“mak dia tgh buat anak dia ketawa tapi dalam hati seorang ibu tu tgh hancur”


“AL FATIHAH buat anak syurga comel je tgk dia senyum. baru fist tgk video ni tapi ttiba gugur air mata jantan aku kene dengan lagu”

Video yang tular di laman TikTok

@mommy_auroraaurel Replying to @zeekyn ♬ bunyi asal –

@mommy_auroraaurel♬ disaat sendiri – adlyricsz

@mommy_auroraaurel“Aurora rindu Aisyah” -Aurora 2022-

♬ Hanya Rindu – Andmesh