Ibu Mentua hadiahkan Gelang Emas, Suri Rumah Luah Rasa Syukur

Bila bercerita tentang ibu mentua, tidak dinafikan ramai menantu takut kalau dapat ibu mentua yang banyak ragam. Lagi-lagi menantu perempuan. Berderau darah kalau dapat ibu mentua yang banyak ragam ni.

Semua pasangan mengharapkan mereka dapat ibu mentua jenis yang baik, penyabar, akan menerima dan menyayangi mereka.

Persis seperti wanita ini. Baru-baru ini seorang suri rumah tangga dikenali sebagai Azirah Firdaus memuat naik sebuah video di mana dia dihadiahkan seutas gelang emas daripada ibu mertuanya.

Di dalam video yang dikongsi, hubungan antara wanita itu dengan ibu mertuanya dilihat sangat akrab dan dilayan dengan baik sekali.

Menerusi kapsyen kepada posting yang dibuatnya, Azirah mengaku berasa agak segan apabila dihadiahkan gelang emas oleh ibu mertuanya itu namun dalam pada masa yang sama dia menzahirkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan ibu mertua yang baik terhadap dia dan suami.

“Alhamdulillah dikurniakan ibu mertua yg sgt baik pada ank menantunya…Malu rasanya bila dpt surprise dr mama…”

Walaupun wanita itu cuma seorang suri rumah, ibu mentuanya tetap menyayangi dan menerima dia seadanya.

Sejak video tersebut dikongsi, ia berjaya meraih perhatian ramai terutama sekali kaum Hawa. Video yang dikongsi juga turut mencecah tontonan sehingga 15.9 kali dan 1167 tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@fathulfarehahsarahana Alhamdulillah dikurniakan ibu mertua yg sgt baik pada ank menantunya…Malu rasanya bila dpt surprise dr mama… #menantudanmertua #menantutunggaleditions ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Melihat ke ruangan komen, ramai yang bersyukur selain tumpang bahagia selain melihat hubungan antara Azirah dengan ibu mentuanya. Selain itu ramai juga golongan wanita yang berkongsi pengalaman yang sama di mana mereka juga pernah dihadiahkan gelang emas oleh ibu mentua.

Antara komen-komen menarik diberikan oleh pengguna TikTok

“Alhamdulillah rezeki tu sis..x semua mertua dpt menerima menantu nya seadanya jadi hargaila ia…rezeki yg paling nikmat tu sis”

“alhamdulilah..rezeki dpat mertua yg syg menantu..sy dlu pun , arwah mak mntua sy bawak g kedai emas pilih sndri..tiba2 sebak bila tgk video ni🥺”


“alhamdulilah saya pn dpt gelang mas dr mk mertua. Saya jnis xsuka pkai tp mak mertua srh amik & pkaikan kt tgn. sbb hormat, saya pn terima la”