“I nak jumpa you” Beri Ucapan Hari Lahir Pada Arwah Siti Sarah, Shuib Gagal Tahan Air Mata

Seperti yang kita tahu, Shuib Sepahtu kini sudah kembali aktif dalam dunia hiburan sebagai penyampai radio Suria Fm digandingkan bersama Ajak Shiro dan Soraya Borhan. Kehadiran Shuib Sepahtu juga dilihat semakin memeriahkan suasana di konti.

Baru-baru ini, Shuib memuat ucapan ulang tahun kepada orang yang paling dirinduinya iaitu arwah isterinya,
Allahyarham Siti Sarah mengundang sebak ramai peminat.

Ketika menyampaikan ucapan itu, Shuib, 38, dilihat sebak hingga tidak dapat menahan air mata tatkala melafazkan kata-kata indah itu semasa bersiaran di segmen Morning Morning Suria.

“I sayang you. I ada impian yang cukup besar. I nak jumpa you semula, Insya Allah. Doakan i ke jalan itu.”

“I pernah cakap nak you jadi bidadari I. Happy birthday Siti Sarah Raissudin,” ucapnya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sebelum itu mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua pendengar yang menyambut hari lahir pada Khamis.


Mengimbau kenangan 11 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, Shuib menyifatkan ia adalah sesuatu yang cukup indah.

“Jika masih hidup umurnya sekarang 38 tahun. 11 tahun yang cukup indah bersama.

“Kalau dulu perkataan kenangan itu hanyalah biasa sahaja, tetapi sekarang sangat luar biasa,” ujarnya.

Video yang tular:


Sekadar rekod, terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.

Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan C19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

Siti Sarah, 37, pergi buat selama-lamanya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di mana sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit, disemadikan.