Teruja Setiap Kali Dapat Bancuh Susu Adik, Rupanya Si Abang Curi Makan Susu Formula!

Apabila sudah mempunyai adik yang baharu, sudah tentu abang dan kakak akan memikul tanggungjawab yang lebih besar contohnya menjaga adik apabila ibu sedang sibuk didapur atau ayah sedang bekerja.

Bahkan, ianya juga akan menjadi pengikat kasih sayang antara satu sama yang lain jika kita saling bantu membantu dalam ahli keluarga.

Menjadi lumrah, abang atau kakak seringkali akan membuatkan susu pada adik mereka yang masih kecil jika ibu sedang sibuk dengan urusan lain.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki dikatakan sangat excites setiap kali membuat susu formula untuk adiknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Lopz Wala, menunjukkan seorang budak lelaki sedang menyediakan susu untuk adiknya. Namun siapa sangka, rupanya sifat rajin budak lelaki ini nyata ada udang disebalik batu.

Dapat kita lihat, si ayah senyap-senyap merakam gelagat anaknya disebalik celahan dinding dari satu ruangan ke dapur.

Pada awalnya budak lelaki tersebut merasa secalit susu tepung itu, masih tidak puas, dia mengambil portion 1 sudu susu tersebut dan oleh kerana rasanya sedap, budak lelaki ini cuba menghisap botol susu sebelum diserahkan pada adiknya.


Sedar perubuatannya itu telah pun terkantoi, dia membuat reaksi malu kerana telah curi-curi mengisap btol susu adiknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki ini yang sangat menikmati susu formula tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terdiri daripada kaum ibu akui rasa susu formula sangat sedap kerana pernah mencuba rasa susu itu.

“Ohhhh..Patutlah selalu rajin buat susu adiknya.. siapa pernah buat begini time budak-budak?”

Antara komen warga maya:

“Sama la dengan anak2ku kalau minta buatkan susu adiknya mesti ada ganjaran untuk mulut sendiri..”

“Hahaha comell… bahagia sungguh muka kau dapat ratah susu tu ye..”


“Sebagai bapa orang.. akhirnya aku sudah tau kenapa suu anak2 cepat habis.. rupanya mama yang sellau ngap! dibilang anak2 yang kuat nyusu”


Video yang tular di laman Facebook: