Selebriti
“Hope Fatimah dan Ali kuat..” Video Throwback Arwah Adam dengan Fatimah dan Ali

Berita pemergian chef selebriti Adamdidam pagi tadi pastinya meruntun hati semua peminat yang biasa menontonnya di kaca TV.
Bayangkan bagaimana perasaan mereka yang kenal rapat dengan Allahyarham, sudha tentu tidak dapat digambarkan kesedihan.
Allahyarham sebelum ini terkenal dengan panggilan Mamajee oleh selebriti cilik Fatimah dan Ali.
Malah, kerap kali Allahyarham muncul di dalam video bersama mereka.
Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan tentang perkara ini dari keluarga Fatimah dan Ali yang sering bersiaran menerusi Instagram @thefamily.uk
Pastinya mereka terasa kehilangan besar dan memerlukan ruang buat masa ini.
Berikut adalah beberapa video Fatimah dan Ali yang ada kemunculan Mamajee.
View this post on Instagram
Salam Aidilfitri from #MamajeeAndTheKids @adamdidam
A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on
Sedih tengok video terakhir Fatimah dan Ali bersama Mamajee sebelum Allahyarham pulang ke Malaysia
Allahyarham dahulu pernah menyarung pakaian pejabat dan perlu sentiasa kelihatan segak ketika menyandang jawatan sebagai Perancang Strategik di syarikat cari gali gergasi negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang masakan telah mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

You may like
1 Comment
Leave a Reply
Cancel reply
Leave a Reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Pingback: "Allah Tolong Pulangkan Mamajee Satu Minit Saja" Permintaan Sayu Fatimah Buat Netizen Sebak | YOY Network