“U pregnant lagi ke?” Komen Jejai Ini Dibalas Selamba Oleh Nora Danish

Pelakon cantik Nora Danish telah memuat naik sekeping foto dirinya diiring kapsyen ucapan selamat berbuka.

Gambarnya yang comel bersahaja itu mengundang komen para netizen yang memuji kecantikan baju yang dipakainya.

namun begitu, satu komen yang mencuri tumpuan adalah datang dari bekas suaminya iaitu Jejai yang secara bergura bertanyakan adakah Nora mengandung.

“U pregnant lagi ke? Perut nampak tu”

Ramai netizen yang membalas komen tersebut dengan emoji ketawa kerana bagi mereka itu hanyalah ilusi optik.

Nora Danish juga tidak melepaskan peluang dengan membalas semula komen tersebut dengan selamba memberitahu perutnya yang boroi.

“@rizalashramrnt perut boroi kot”

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan daripada Nora Danish tersebut danmemujinya sporting melayan komen bekas suaminya itu.

Nora Danish sebelum ini berkahwin dengan Jejai ataupun nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006.

Jejai merupakan anak sulung bekas Speaker Parlimen Malaysia Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Nora dan Jejai  berpisah pada awal Julai 2008 kerana tidak lagi sefahaman.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.