Beberapa hari lepas, tular di media Zizan dan Emma Maembong mendapat pujian ramai oleh kerana sikap profesionalisme mereka berkawan walaupun masing masing sudah mempunyai haluan mereka tersendiri.

Hal ini kerana hubungan percintaan mereka pada satu ketika dulu menjadi kontroversi hangat di kalangan warga netizen.

Walaupun kini Emma telah menjalinkan ikatan sah bersama seorang juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel pada 08 November 2020 namun dia tidak pernah memtuskan talian persahabatan bersama Zizan.

Buktinya, Emma Maembong hadir memberi sokongan sewaktu sempena pembukaan restoran Zizan pada awal November yang lalu.

Terbaru, Selang beberapa hari kemudian, pelakon filem ‘Abang Long Fadil’ berkenaan turut menerima kunjungan beberapa rakan selebriti lain termasuklah Nabil Ahmad dan Ustaz Abdullah Khairi (UAK).

Selain hadir untuk memberi sokongan, mereka bertiga juga kelihatan rancak bersembang dan berbincang ‘setable’

Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah cara UAK menyapa Zizan ketika masuk ke Restorannya itu nyata membuatkan satu restoren terdiam kerana terkejut.

Manakan tidak, siapa yang tidak kenal dengan penceramah yang bersuara lantang ini siap mempunyai ‘trade mark’ nya yang tersendiri. Walaupun dia dilihat seperti seorang yang garang dantegas namun ada juga lucunya yang dapat membuatkan netizen terhibur.

Zizan yang terdengar sergahan itu juga turut tergamam sebelum menyedari kehdiran UAK. Mereka aling bersalaman dan berdakapan sebelum ke meja makan.

Video yang tular di TikTok:

@mohammadsyahmi95 Sekali hoi peluk terus😜 k town ##ustazabdullahkhairi #nabilzira #zizanrazak869 ♬ bunyi asal – Mohammad syahmi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 348.0K tontonan, 34.7K tanda suka, 263 komen dan 299 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut terkejut sangat UAK menyergah Zizan. Dan dalam masa yang sama ramai juga yang terhibur dan menyifatkan ianya merupanya ‘rademark’ UAK sejak dahulu lagi.

“tak sah kalau tak menjerit”

“eh jangan disergah tempat awam ustaz”


“hoi dia tak boleh bawa bincang beb”

“masuk-masuk tak dan kena intro dah kena jerkah”

“pelayan kat situ muka terkejut..hahaha”

Lain macam salam perkenalan UAK, selamba je sergah Abang Long Fadhil! kikiki