Jodoh pertemuan, ajal, maut semuanya di tangan tuhan dan tiada seorang pun diantara kita mengetahui hal tersebut. Siapa lah kita yang ingin melawan takdir. Sebagai hamba, perlu kita menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Sama juga dengan kisah seorang penyanyi era 80-an yang dikenali sebagai Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab terdahulu.

Muncul sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV), namun kisah cerita perkahwinan pelantun lagu ‘Sayang Semuanya Sudah Terlambat ‘ yang kononnya tidak mendapat restu satu ketika dahulu kembali menjadi perhatian dan bualan ramai.

Bagaimana pun, penyanyi dari Bagan Datoh, Perak melafazkan rasa syukur kerana kekecohan yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik.

“Ya saya memang terpalit kontroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama, korek la tak ada apa pun. Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mertua saya,” katanya.

Perkahwinan Shidee bersama Siti Fairunnisa Aziz yang ketika itu berusia 22 tahun pada ada Februari 2010 tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hassan.

Difahamkan, Shidee n pada awalnya berkenalan dengan Jamaliah namun berkahwin dengan anak wanita itu.

Namunpun begitu dia menafi sekerasnya dakwaan yang mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa bersama mertuanya itu.

“Sebenarnya itu (tuduhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya, itu terpulang hak dia. Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia,” katanya.

Shidee juga turut menjelaskan bahawa salah faham yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik dan kini mereka hidup harmoni tanpa bermasam muka.

Penyanyi berusia 62 tahun ini juga turut memaklumkan bahawa dia tetap menghormati mertuanya seperti ibunya sendiri.

“Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua… saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri.

“Pada mulanya apabila dia marah kita tak perlu nak buat apa-apa. Sampai satu ketika, dia nak jumpa anak dia iaitu isteri saya, daripada itu saya cari cara nak perbaiki hubungan kami.

“Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan-bulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ni semua dah okay,” katanya.

Untuk rekod, Shidee dan Siti Fairunnisa berkahwin pada 1 Februari 2010 dan persandingan pada 13 Februari 2010 di Bukit Sentosa Rawang, Selangor. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.