Hasrat Beli Motor Tak Tercapai, Wanita Kelu Lihat Duit Tabung Dimakan Anai-Anai

Sejak dari kecil lagi kita dah diajar untuk menabung, tapi bukan senang untuk mengamalkannya.

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung.

Pelbagai cara yang sering kita lihat untuk menabung contohnya menyimpan di dalam sampul, ada yang menabung ke dalam ‘tabung ayam’, bekas plastik dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terpaksa berputih mata apabila wang yang dikumpul untuk membeli motor idaman akhirnya rosak dimakan anai-anai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok @_yourquueen, dapat kita lihat tabung yang diperbuat daripada kadbod sudah rosak akibat ‘serangan’ si anai-anai.

Difahamkan dia mengumpul duit tersebut untuk membeli motorsikal idamannya namun hasratnya itu seolah-olah tidak dapat tercapai apabila terjadinya perkara seperti itu.

Lebih sedih, di hadapan tabung tersebut tertulis tulisan ‘motor’ menandakan tabung tersebut dibuat khas untuk membeli motor malah dia juga semoat menunjukkan tarikh yang ditanda setelah memasukkan duit ke dalam tabung tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat usahanya untuk menyimpan namun akhirnya duit tersebut rosak teruk gara-gara di makan anai-anai.

Namun dalam masa yang sama, ada juga netizen yang menyifatkan bahawa duit yang rosak itu boleh ditukar di bank malah ada juga yang akui pernah berdepan dengan masalah yang sama lalu bertindak untuk menukar kembali duit tersebut.

Antara komen warga maya:

“masih boleh tukar di bank”

“tukar ke bank jangan dibuang”


“sakit tapi tak berdarah”

Video yang tular di laman TikTok:

@_yourquueen bersyukur bukan yg merah🙂 #rayappan #foryou #nabungchallenge #arjunabeta #nabungrutin ♬ Speed song arjuna beta – MINE ☕︎