Hasil 8 Bulan Menabung, Pelajar Sekolah Bawa Duit Dalam Beg Plastik Beli Motor Kawasaki Ninja

Menabung merupakan satu amalan yang baik dan perlu ditanam pada setiap individu sejak di bangku sekolah lagi.

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung.

Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita tekad untuk menabung demi membeli sesuatu yang diidamkan mencuri perhatian ramai.

Menerusi tersebut, kelihatan aksi seorang wanita membawa beg plastik berwarna hitam berisi wang simpanannya selama lapan bulan untuk membeli sebuah motosikal Kawasaki Ninja 250 Special Edition.

Berdasarkan ulasan daripada si perakam yang dikenali dengan nama Bangarik02, wanita dari Indonesia terbabit dikatakan datang ke kedainya untuk membeli motosikal idaman dengan menggunakan wang simpanannya.

Difahamkan, wanita itu yang juga merupakan pelajar sekolah menengah itu kemudian dilihat menghulurkan beg plastik hitam berisi wang 100,000 rupiah bersamaan RM 29.32 dan 50,000 rupiah (RM 14.66), serta beberapa bungkusan beg plastik jernih berisi duit syiling yang banyak.

Video yang tular di TikTok:

@bangarik02 Udah cantik rajin menabung ya ngab #fyp #fypシ #viral #foryou #ff #lumajang #bts ♬ Em Băng Qua (TikTok Remix) – Lập Nguyên, Orinn

@bangarik02 Balas @jeggercilik ea ta mas kenal,,,okeh seng takok mbak iki lo #viral #fyp #lumajang #fypシ #foryou #bangarik ♬ suara asli – BangArik

@bangarik02 Balas @heriapriyanto7 sudah ya ngab,,gas lah itu ada akun si mbaknya #viral #bangarik #fyp #fyp #lumajang #foryou ♬ Em Băng Qua (TikTok Remix) – Lập Nguyên, Orinn

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.4M tontonan, 196.0K tanda suka, 3984 komen dan 2097 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ntizen memuji kesungguhan wanita itu yang menabung demi mendapatkan motor berkuasa tinggi yang diidamkannya itu.

Sementara wanita lain sedang mencari lelaki ‘kaya’ yang mampu memberi segalanya, namun wanita ini berusaha dengan hasil titik peluhnya sendiri demi mencapai apa yang dia mahukan dalam hidupnya.

Salute dengan wanita yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan bermatian untuk apa yang dicita-citakannya.