“Hari2 abah tunggu kat office nak lunch sekali” Perkongsian Gadis Ini Buat Ramai Sebak

Sering kita dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan’.

Memang bagi anak perempuan, ayah merupakan sosok cinta pertama dan lelaki pertama dalam hidup yang tak bisa tergantikan hingga si anak dewasa.

Peranan ayah juga jelas sangat penting untuk membantu putrinya menentukan masa depan serta ayah juga merupakan tempat berlindung mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak perempuan yang dikenal sebagai Wahida berkongsi ‘moment’ terindah bersama ayahnya nyata telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan sosok tubuh abahnya yang dikatakan tanpa jemu menunggunya setiap hari di tangga berdekatan office tempat kerjanya.

Difahamkan, abahnya datang untuk menemaninya setiap waktu makan tengah hari.

Pada awalnya, wanita ini teruja bila melihat motor ayahnya yang parking di hadapan tempat kerjanya menandakan ayahnya datang pada hari itu.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah ayahnya membuat mimik muka seolah-olah terkejut apabila anaknya menghampirinya yang duduk di tangga.

Video yang tular di laman TikTok:

@triplea201911hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 201.2K tanda suka, 12.4K komen dan 6274 perkongsian di applikasi TikTok.


Malah, Wahida turut memuat naik satu video pada hari lain menunjukkan ayahnya datang untuk makan tengah hari bersama dengannya.

“Harini mendung…ingat abah xmai..tengok2 mai jugak…elok balik ujan,harap2 sempat sampai umah…terima kasih sahabat belanja semua makan harini..”

@triplea201911harini mendung…ingat abah xmai..tengok2 mai jugak😊…elok balik ujan,harap2 sempat sampai umah…terima kasih sahabat belanja semua makan harini..

♬ original sound – Wahida

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan sebak melihat gelagat dua beranak ini dan dalam pada msa yang sama ada juga netizen yang menyifatkan kasih sayang ayah terhadap anaknya ini tidak tumpah seperti orang yang sedang bercinta.

Berikut merupakan komen-komen daripada warganet:

“Wahai lelaki, tengoklah betapa cintanya si ayah pada si anak perepuan.. jangan sesekali disakiti puterinya..”

“tengok ayah awak.. saya rindu ayah saya..”

“mata masuk habuk.. kasih sayang yang tiada tandingan..”

“perkataan yang paling aku rindu nak sebut ‘ayah'”

“mesti mencurah-curah rezeki akhirat sis..”

Benar kata orang, bahagia itu sederhana. Hargailah ibu atau bapa yang masih ada kerana secara fitrahnya tiada ibu bapa yang tidak menyayangi anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja buat mereka.