“Harga RM29, Cas RM 98” Restoran Shawarma Terkenal Di Ibu Kota Jadi Bualan Gara-Gara Cas Pelanggan Lebih

Shawarma merupakan salah satu makanan Arab yang sangat disukai rakyat Malaysia. Manakan tidak, jejak sahaja kaki ke Bukit Bintang Kuala Lumpur, pasti kita dapat melihat ramai orang beratur untuk membeli makanan ‘viral’ tersebut.
Iospital phone repair gombak
Makanan tersebut mempunyai pelbagai jenis iaitu Shawarma kambing, ayam, daging dan lebih menarik siap boleh ‘add on’ cheese tau! dengar pun dah mengiurkan kan?

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mendedahkan dirinya hampir kena cas lebih dengan pekerja kedai Shawarma mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @TravelJimat, dapat kita lihat wanita itu merakam suasana di kedai berkenaan sambil meluahkan rasa marahnya.

Difahamkan, dia tidak berpuas hati dan berang kerana pekerja kedai tersebut cas makanan dia dengan harga yang lebih tinggi. Harga Shawarma itu adalah RM29, tetapi pekerja silap cas RM98.


Pun begitu, mujurlah wanita berkenaan sedar tentang perkara tersebut dan memaklumkan kepada perkerja serta memberikan pulangan semula secara tunai.

“Yang mana bayar pakai kad, minta dia scan atas meja”, katanya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga berharap agar orang ramai lebih berhati-hati dan memeriksa semula resit setelah membuat pembayaran.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter: