‘Excited’ Guna Roadtax Digital, Lelaki Ini Sanggup Keluar Semata-Mata Nak Cari Roadblock!

‘Roadtax’ ataupun cukai jalan kereta ialah satu perkara yang wajib dan perlu ada untuk setiap kenderaan sebelum kenderaan itu dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah di sisi undang-undang.

Iospital phone repair gombak

Manakala, baru-baru ini pula heboh mengenai pengumuman pemansuhan penggunaan sticker roadtax pada minggu lalu dan digantikan dengan aplikasi MyJPJ.

Difahamkan, Menteri Pengangkutan pada minggu lalu telah mengumumkan bahawa negara Malaysia tidak lagi mewajibkan penggunaan sticker roadtax fizikal pada kenderaan dan lesen fizikal bagi pemilik kenderaan persendirian.

Susulan itu, ada pula individu yang ‘lain macam’ sanggup keluar memandu dan mencari ‘roadblock’ semata-mata untuk mencuba pelaksanaan fasa pertama roadtax digital tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @namasayahaziq_ di laman TikTok, dia sedang memandu di sebuah jalan raya dan kelihatan beberapa pegawai JPJ turut berada di kawasan itu telah meraih perhatian ramai.

“lepas buang roadtax di cermin, kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita, jumpa roadblock JPJ.. bukan selalu JPJ nk puji nih,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kedengaran anggota JPJ di situ tertawa kecil apabila melihat pelekat roadtax sudah pun tiada pada cermin keretanya.

Bukan itu sahaja, pegawai JPJ itu turut memberikan pujian terhadapnya kerana menggunakan sticker roadtax digital yang diaspirasikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Sekadar info, aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun melalui aplikasi App Store, Android dan Huawei App Gallery.

Sebelumnya, anda perlulah mengemas kini butiran pemandu dan kenderaan di laman web https://public.jpj.gov.my/ terlebih dahulu.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok itu telah mencecah sebanyak 824K tontonan, 47.4K tanda suka, dan 1037 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi tentang penggunaan roadtax digital itu.

Antara komen netizen:

“Susah juga nuh. Mengkala phone pulak hilang, lesen tak bawa. Serba tak kena 😂”

“aku tampal je..mls nak buat tu kang nyusahkan pulak hp xda line la..xda batri la mcm2”


“dia mcm ewallet la ramai kecam lama2 ramai guna ewallet topup tng😁”

Video TikTok yang tular:

@namasayahaziq_ lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..🤣🤣🤣#jpjmalaysia #roadtaxmati #fypシ #kembanghidung ♬ original sound – Ajiq Caster