“Harap trend melamar secara terang-terangan dihentikan,” PU Rahmat Jelaskan Sebabnya

Semalam tular di media sosial berkenaan lamaran yang dilakukan oleh seorang pelakon iaitu Kamal Adli kepada pelakon cantik Uqasha Senrose di pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME) secara langsung.

Kamal Adli melutut sambil menyertakan sebentuk cincin yang diberikan kepada Uqasha Senrose dan telah disaksikan jutaan penonton di kaca televisyen.

Rentetan daripada itu, pendakwah muda PU Rahmat Ikhsan telah memberikan teguran secara terbuka mengenai isu ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, PU Rahmat telah menjelaskan mengapa tidak sepatutnya lamaran dibuat secara terbuka.

Sedikit nasihat

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. amin
hanya sedikit nasihat saya y memahami sedikit hukum islam.

Kenapa islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahupun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki.

Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran.

Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.

Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.

2) Menjaga Air muka lelaki, Lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang2ngan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga.

Ya saya tahu ada y tak peduli hal keluarga dengan alasan ” aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah.

Jangan diikut trend barat y penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

Saya gembira atas kejayaan lamaran kamal adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.

Romantiklah dgn syariat , InsyaAllah berkat.

Saya akhiri dgn kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengecam . Saya menerangkan bukan menyeranng.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pendakwah terbabit dan mengharapkan perkara tersebut tidak dijadikan budaya dalam masyarakat.