Hanya Batu Nisan Berlonggok, Pemuda Kecewa Kubur Ayah ‘Hilang’ Buat Ramai Sebak

Kehilangan orang yang telah pun pergi buat selama-lamanya adalah satu kenyataan yang amat sukar untuk ditelan. Apatah lagi untuk menahan perasaan rindu yang tidak ada penghujungnya.

Jadi, hanya dengan menziarahi pusara lah dapat mengubati rindu buat insan yang telah berpindah ke negara abadi.

Namun, lain pula ceritanya kali ini dimana lelaki yang dikenali sebagai Reedzwan atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 22 ini menangis apabila kubur ayahnya dikatakan ‘hilang’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu adibaizat__, difahamkan kawasan perkuburan itu ditambak tanpa pengetahuan keluarga dan tidak dapat sebarang notice berkaitan perkata tersebut.

“Aku baru sampai Perak, aku nak tengok kubur abah.. tapi aku tengok kubur abah dah tak ada.. batu-batu nisan semua dorang susun tepi macam tu..” ujar pemuda ini.

“At least kalau dia nak tambak pun boleh bagitahu ahli keluarga dulu kot.. ini tak tahu cerita apa tahu-tahu kubur hilang” tambahnya.

Ramai juga dikalangan netizen yang beranggapan mungkin pihak masjid telah menghubungi ahli keluarga tentang isu tersebut namun tidak berjaya dan terpaksa menambak tanpa keizinan dan pengetahuan mereka.

Pun begitu, pemuda ini menafikan sekeras-kerasnya mereka dihubungi oleh pihak masjid malah tidak menerima sebarang notis tentang penambakkan tapak perkuburan itu.

“Rumah saya dekat perak.. mama ayah saya tinggal di perak, kubur dengan rumah saya 2km sahaja.. sangat dekat. Sebelum saya balik ke Sekinchan untuk sambut raya dekat Sekinchan, kubur abah saya ada lagi”

“Tapi bila balik dari sekinchan kubur abah dah tak ada.. memang rancang balik dari Sekinchan nak terus pergi kubur abah.. tapi.. hmm”

“Kami tak dapat apa-apa surat, tak dapat apa-apa notice dari pihak masjid.. tahu-tahu kubur dah kena tambak.. bukan kubur abah saya saja.. kubur tokwan dan banyak lagi kubur orang lain”

Bukan pemuda ini sahaja yang sedih apabila dapat mengetahui perkara tersebut namun ramai lagi penduduk di situ terkejut apabila kubur ‘lesap’.

“Sampai ada kubur orang yang baru meninggal 2 bulan pun kena tambak dan batu nisan di longgok juga.. bukan saya sorang yang terkejut dan sedih tapi ramai lagi orang di kawasan sini yang memendam rasa dengan apa yang terjadi” ceritanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@adibaizat__ tergamaknya yang buat macam tu alfatihah buat abah wan ✨ #reedzwann #raya2022 #alfatihah #fyp #foryou ♬ suara asli – wpt

@adibaizat__ info terkini dari Reedzwann #reedzwann #raya2022 #alfatihah #fyp #foryou ♬ suara asli – DIIMAS✨ – dimas

@adibaizat__ Wan kuat yang penting jangan putus doa untuk abah wan ✨ #reedzwann #raya2022 #alfatihah #fyp #foryou ♬ suara asli – _〽️

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pihak masjid yang langsung tidak memberikan sebarang notis pada ahli keluarga untuk menambak tanah perkuburan.

Bukan itu sahaja, para netizen juga meninggalkan kata-kata semangat buat pemuda tersebut agar terus kuat dan berlapang dada dengan apa yang berlaku.

Berikut merupakan komen warga maya:

“mengapa jadi begitu sepatutnya pihak waris kena dimaklumkan dulu”

“kenpa dia buat macam tu.. tak rasa beraslah ke dorang buat macam tu..”

“dengar suara pun boleh tau dah rasa geram panas kecewa semua boleh rasa..”