Hantu Kak Limah Kutip RM9 Juta Baru 4 Hari Tayangan

Filem Hantu Kak Limah (HKL) sekali lagi telah memecah rekod. Kali ini Hantu Kak Limah mencatat sejarah dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta dalam hanya empat hari tayangan sahaja.

Kutipan RM9 juta ini sekaligus menjadikan filem Hantu Kak Limah sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan di Malaysia.

Sebelum ini Hantu Kak Limah mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,00 di hari pembukaan ‘sneak preview’ dan mendapat kutipan RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Filem Hantu Kak Limah ini dijangka mampu untuk memecah rekod kutipan filem tempatan paling tinggi di Malaysia jika dapat mengekalkan momentum seperti hari ini.

Baca: Sinopsis Hantu Kak Limah

Filem arahan Mamat Khalid ini dibintangi oleh Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.