Hampir 4 Juta Subscribers, Youtuber Ini Tunjuk Skill Survive Dalam Hutan Terima Gold Medal

Youtube telah menjadi salah satu pilihan orang ramai untuk melihat pelbagai jenis video yang dikongsikan.

Rakan baik ini terkenal dengan video surviving skills

Bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah Youtube juga mampu untuk mencetuskan pelbagai idea kepada orang ramai.

Tanpa kita sedari, pelbagai video yang unik dikongsikan antaranya adalah video sepasangan rakan orang asli di pedalaman.

Dapat Gold Medal dari Youtube

Pasangan rakan baik ini terkenal dengan video surviving skills di laman YouTube. Mereka berdua tinggal di pedalaman di Cambodia.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka ini menerima Gold Medal daripada YouTube.

Menerusi video terbaru mereka yang telah dimuat naik pada Isnin lepas, mereka berkongsi cara membina kolam renang di dalam hutan.

Bina kolam renang dari barang sedia ada di dalam hutan

Bukan sahaja mendapat tontonan mencecah 100, 000 ribu malah video tersebut turut mendapat pelbagai komen dari pengikut mereka.

Apa yang menarik mengenai video ini adalah, mereka menggunakan barang yang ada di dalam hutan dan turut membina dua gelungsur dewasa.

3.7 juta pengikut di Youtube

Menjenguk ke Laman YouTube Jungle Survival, mereka telah mencecah 3.7juta pengikut di Youtube.

Difahamkan, video-video survival skills mereka juga telah banyak dikongsikan di pelbagai platform media sosial.

Selain itu, akaun YouTube Jungle Survival ini dikatakan telah dibuka secara rasmi pada 12 Ogos 2018.

Mendapat jutaan tontonan

Malah, video yang dimuatnaik melalui channel ini sudah mencecah lebih 100 dan video mereka telah mendapat tontonan lebih jutaan.

Menerusi saluran Youtube mereka, kandungan video ini lebih terarah kepada seni pembinaan rumah dan termasuk kolam renang.

Semoga kedua rakan baik ini terus maju dan berkongsi pelbagai video yang menarik di saluran Youtube mereka.