[VIDEO] “Terima kasih sudi singgah dlm perut mama,” Sarat Hamil 8 Bulan, Wanita Sayu Bayi Disahkan Meninggal Dalam Kandungan

Dikurniakan cahaya mata merupakan anugerah yang paling bermakna buat pasanagn suami isteri, ia menjadi tanda ikatan cinta setiap pasangan.

Namun begitu, tidak semua mempunyai rezeki untuk memiliki anak pada awal perkahwinan, ada yang terpaksa menunggu selama bertahun-tahun.

Malah, ada juga yang terpaksa menerima hakikat kehilangan anak walaupun belum dilahirkan.

Sama seperti yang dilalui wanita ini yang sudah hamil lapan bulan tetapi bayinya dikatakan telah meninggal dunia.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Puan Lin di TikTok, dia berkongsi mengenai keadaannya pada ketika ini yang terpaksa menerima hakikat bahawa bayinya sudah meninggal dunia di dalam kandungan.

“Rindu awk tedng prut maa , 17/3 hari ahad ni baru awak bleh klur dri prut mana walaupon bby dh takda tapi msih ada dlm perut mama mnggal dlm prut”

@ciklinnnnRindu awk tedng prut maa , 17/3 hari ahad ni baru awak bleh klur dri prut mana walaupon bby dh takda tapi msih ada dlm perut mama mnggal dlm prut ##fyp♬ Pergi – Aizat

Ketika dihubungi media, Puan Lin mengatakan bahawa bayinya disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu kerana terbelit tali pusat.

Lebih menyedihkan, ia merupakan kehamilan pertama buatnya.

Puan Lin akan dimasukkan ke hospital dan perlu memakan ubat untuk mengeluarkan bayi tersebut.

“Esok msuk hospital ,tuk keluarkan bBy, terima kasih krana sudi singgah dlm perut mama,mama bawak perut wlaupon awk xbrnyawa 17/3/ -21/3”

@ciklinnnnEsok msuk hospital ,tuk keluarkan bBy, terima kasih krana sudi singgah dlm perut mama,mama bawak perut wlaupon awk xbrnyawa 17/3/ -21/3##fyp ##fypシ♬ Bila Tiba – UNGU

 

“Hari last Sekarang dh bagi ubat , permudahkan la semua nya, terima kasih anak syurgaku belarilah ke rumah barumu ”

@ciklinnnnHari last Sekarang dh bagi ubat , permudahkan la semua nya, terima kasih anak syurgaku belarilah ke rumah barumu ##fyp ##fypシ ##anaksyurga ##rindu♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Rata-rata netizen sedih melihat perkongsiannya dan berharap agar Puan Lin terus kuat menghadapi ujian ini.