“Haiwan pun ada perasaan,” Terjatuh Dalam Parit, Gajah Diselamatkan ‘Ucap’ Terima Kasih Jadi Perhatian Netizen

Gajah merupakan sejenis haiwan mamalia yang sangat sukar untuk didekati namun ia tidak bermakna kita sebagai manusia tidak dapat membantu haiwan ini ketika berada dalam kesusahan. Bagaimana pun, keselamatan masih perlu dititik beratkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat beberapa individu gigih membantu seekor gajah yang jatuh ke dalam parit menggunakan ekskavator mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @kosong, dapat kita lihat
tanah digali dengan perlahan-lahan di sekitar parit dan sedikit demi sedikit si gajah cuba untuk mengeluarkan badannya.

Bagaimanapun, oleh kerana saiz badannya dan berat badan yang besar, gajah tersebut tidak mampu untuk naik keatas dan masih tersekat di dalam parit walaupun tanah sudah digali.

Sedih melihat si gajah berusaha seorang diri untuk naik ke atas, pemandu ekskavator bagaimana pun menggunakan belakang bucket ekskavator untuk menolak badan gajah tersebut daripada belakang.

Setibanya Gajah itu di atas, kelihatan dia yang hendak beredar daripada lokasi tiba-tiba berpatah balik dan meletakkan kepalanya pada belakang bucket ekskavator sebagai tanda terima kasihnya kerana membantu dia yang terkandas di dalam parit.

“Haiwan pun pandai berterima kasih.. apa lagi kita sebagai manusia..” ujarnya melalui ruangan kapsyen di dalam video.

Video yang tular di laman TikTok:

@mkutatsubhanallah..kapau lalu kt fyp..coment subhanallah ..##fypage♬ Subhanallah Alhamdulillah La Ilaha Illallah Allahu Akbar – Daily Dhikr

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 59 saat itu telah meraih 1.9M tontonan, 183.2K tanda suka, 2871 komen dan 3300 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersyukur masih ada manusia berhati mulia yang membantu gajah tersebut tatkala berada dalam kesusahan.

“masih ada manusia yang baik seperti ini alhamdulillah.. moga diberkati hidupnya dimurahkan rezeki” – Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga kagum dengan gajah yang ‘bijak’ berterima kasih dengan menggunakan caranya yang tersendiri untuk menghargai jasa mereka yang membantu.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“binatang pun ada hati yang baik tapi kita macam mana pula”

“kesian nye seksa dia nak naik ke atas”

“terima kasih selamatkan gajah tu…”


“pandainya dia berterima kasih..”

“betapa dia memahami pertolongan manusia..”