[VIDEO] Guna Tayar Terpakai, Lelaki Ini Mengubahnya Menjadi Katil Haiwan Yang Comel

Data terbaru menunjukkan lebih daripada 2 bilion tan sampah dibuang ke dalam laut dan di tempat pembuangan sampah setiap tahun di seluruh dunia.

Antonio Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, lautan akan mengandungi lebih banyak plastik daripada ikan menjelang tahun 2050 jika tidak dibendung.

Sebagai memikul tanggungjawab pencinta alam, seorang lelaki dari Brazil berusia 23 tahun mengambil inisiatif untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengubah tayar terpakai menjadi katil haiwan yang comel, lapor Era Baru.

Amarildo Silva yang tinggal di Paraíba, Brazil bekerja sebagai juruwang stor pada siang hari, tetapi apa yang telah menarik perhatian dunia adalah sumbangannya yang kelihatan kecil, namun bernilai, untuk kemapanan.

Pada masa lapangnya, dia mengumpul dan mengubah tayar terpakai menjadi katil haiwan yang mesra alam.

Dengan bantuan keluarganya, dia mengumpulkan setiap tayar yang dapat ditemui di jalanan atau di tempat pembuangan sampah.

Dia membersihkan dahulu tayar-tayar yang dikumpul, cat, dan menambah tilam supaya katil tersebut selesa untuk haiwan kesayangan.


Dia mula menjualnya melalui ​​​​​​​Instagram dan dia dengan cepat menjadi terkenal. Lebih 2 tahun Amarildo berjaya menjual lebih daripada 500 unit katil.

Pada masa ini, dia hanya memasarkan produknya di dalam negara Brazil tetapi dia juga mendapat pesanan dari Eropah, Amerika Utara, dan Asia.

Idea ini adalah satu kejayaan besar dan kini dia juga membuat pasu bunga dan bekas kitar semula.

Pada masa lapangnya, dia juga menjaga haiwan terbiar.

Dia juga memberi ceramah tentang projek-projeknya di sekolah-sekolah, untuk memberi kesedaran kepada generasi muda.

 

View this post on Instagram

 

Êba mamãe mamãe saiu 😂😍 #gatinhos #filhotes #bagunça #fofuras #cats #camas #irmao

A post shared by CaominhasPetsOficial (@caominhas_pets2) on

Apa yang bermula sebagai idea perniagaan ekologi yang kecil dan kini menjadi inisiatif yang dapat membantu menyelamatkan alam sekitar.

Semoga usaha murni dari Amarildo ini akan menjadi contoh dan ikutan oleh orang lain dalam usah untuk mengurangkan pembuangan sampah dan menggalakan kitar semula.