Guna Tali Ambil Makanan Dari Abang Foodpanda Di Bawah, Aksi Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen!

Dengan adanya teknologi serba canggih pada zaman ini, pesanan makanan boleh dibuat semudah ‘ABC’ sahaja dengan menggunakan pelbagai aplikasi pemesanan makanan!

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, isu servis penghantaran makanan ini menjadi topik hangat sebelumnya kerana timbul perdebatan antara warganet, adakah relevan rider perlu menghantar makanan hingga ke hadapan pintu rumah ataupun sebaliknya.

Ekoran hal itu tular sebuah rakaman video mengenai seorang peniaga roti canai, dikenali sebagai peniaga Murtabak Singapore Daniel Shukor telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @msdrbydanielshukor itu, kelihatan dia sedang mengambil pesanan yang dipesan menggunakan tali dari tingkat atas rumahnya sekaligus bantu memudahkan rider Foodpanda itu.

Difahamkan, rider Foodpanda itu disuruh untuk memasukkan makanan ke dalam bag yang diturunkan olehnya dengan seutas tali selepas mengesahkan bahawa makanan itu benar adalah miliknya.

“Bang, masuk dalam boleh bang, saya turunkan bag, masukkan dalam bag. Sorry ya bang, saya harini rasa malas nak turun. Kejap bang eh,” katanya kepada rider tersebut.

Dalam pada itu, dapat dilihat dia sedang berinteraksi dengan penontonnya di TikTok seakan-akan menceritakan kejadian itu dengan penonton video berkenaan.

“Tengah buat tebar ni, abang Foodpanda datang gais. Saya order makanan. Baru balik dari kampung. Barai. Malas nak masak,” terangnya lagi.

Namun apa yang membuatkan warganet tertarik melihat video tersebut adalah apabila rider Foodpanda itu melayan sahaja karenah lelaki berkenaan dan membawakan dialog seperti cerita P. Ramlee ketika memasukkan makanan ke dalam beg dan menariknya dengan tali dari atas.

“Lapopor, watakungsi…”, begitu seakannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah lelaki itu bersama dengan rider Foodpanda tersebut.

Ada juga yang memuji tindakan lelaki tersebut kerana baik hati memudahkan urusan orang lain.

Antara komen netizen:

“kite senang kn keje org..allah balas kesenanggan untuk kita..”


“P. Ramlee dah lama rancang dah.. Kite aje yang lalai… Steady la bang..”

“Yessss…pernah buat😂 Ms duk kuarters askar …jiran2 brtukor juadah guna bakul & tali. Kenangan sgttttt🥰”

Video TikTok yang tular:

@msdrbydanielshukor Replying to @capricorn_zzzz ♬ original sound – Murtabak Singapore dari rumah