“Cantik pula kejadiannya” Netizen Kena Scam, Ingatkan Karpet Rumput, Rupanya Kiambang Sebab Banjir Termenung

Iospital phone repair gombak

Bukan sahaja air bah yang masuk ke rumah, tetapi lumpur-lumpur yang turut mengotorkan sebahagian daripada harta benda mereka.

Pun begitu, lain pula tumbuhan yang masuk bertandang ke rumah wanita ini ketika banjir, membuatkan ramai terpegun melihat kejadiannya!

Menurut wanita yang dikenali Kak Suzie itu, kawasan rumahnya mengalami banjir termenung di mana air banjir yang bertahan dan mengambil masa yang lama untuk air surut.

Video tular yang dimuat naik oleh wanita ini di TikTok memaparkan selain keadaan laman rumahnya mengalami air banjir termenung, kiambang membiak bagaikan rumput.

Difahamkan, sudah seminggu dia mengalami banjir termenung. Kiambang tumbuh di air banjir itu seolah-olah menanam karpet rumput.

“Seminggu rumah kami menjadi Pulau Jadian, dikelilingi pokok kiambang kecil” tulis pemilik video itu.

Jelas Kak Suzie, dia juga tidak menyangka kiambang tumbuh banyak sebegitu. Keadaan itu membuatkan lamannya bertukar jadi cantik sedangkan ia hanya tumbuhan kiambang di dalam air sahaja.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonan video yang dimuat naik di TikTok ini telah berjaya mencecah sehingga 2.6 juta serta mendapat 119.2 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan kiambang yang menutupi tanah kawasan rumah wanita itu walaupun pada awalnya ‘tertipu’.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“Mula2 ingat rumput carpet.. 😂”


“aku baru nak puji cantikyaa laman rumah bersih helok rumput pun cantik, rupanya hmm 😅😅”

“Baru nak puji bersih halaman rumah 😂”

“ya Allah mula2 ingatkan rumput..baru nk ckp cantik je colour urmput tu😅”

“lawa plk kejadiannye😂”

Video yang tular di laman TikTok

@suziemelur seminggu rumah kami menjadi Pulau Jadian, dikelilingi pokok kiambang kecil. #mykampunggarden #kebun #kampung #village #indahnyakampung ♬ Keindahan Alam – Album Version – Flybaits

@suziemelur keluar dari rumah jer beginilah keadaan. dikelilingi kiambang bertaut selepas hujan. cepat betul dia membiak. cantik sangat, subhanallah. #banjir #mykampunggarden #kiambang #kampung #banjir ♬ Hujan Rintik-Rintik, Hujan – Tasya