“Wajah Ustaz dah berubah,” Waris Nyanyi Lagu Rap Di Majlis Agama Jadi Perhatian Ramai

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Hari ini tular di laman Facebook, satu video yang dimuatnaik oleh akaun Mael YY Pang yang menunjukkan aksi seorang penyanyi rap tanah air yang berasal dari negeri sembilan, iaitu Waris.

Menerusi video tersebut, Waris dilihat sedang menyanyi lagu rap di dalam sebuah majlis agama.

Walau bagaimanapun, jelas dilihat beberapa orang ustaz menunjukkan reaksi kurang senang dengan nyanyian tersebut kerana dianggap tidak sesuai dengan majlis agama.

   

Video pendek berdurasi 16 saat ini telah mendapat lebih 50000 tontonsn dan ratusan komen negatif dari wargamaya .

Antara komen-komen negatif dari wargamaya;

“Salah majlis ni mat. Geleng kepala ustaz-ustaz ni,” kata salah seorang pengguna Facebook.

“Buat hal. Memang betul-betul menguji kesabaran. Semoga dibukakan pintu hidayah buatnya,” kata netizen.

“Orang agama alim ulamak, bakal ulamak tengah sabar je. Adoi lagu. Kita orang biasa ni dengar pun serabut perut.”

“Mananye majlis ni. Adoi. Tak kena dengan situasi la. Mananye penganjur ni.”

Untuk rekod, Waris berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Tenaga Nasional.

Bakat Waris telah dicungkil oleh komposer dan penerbit, DJ Fuzz melalui laman YouTube di mana Waris memuat naik hasil karyanya.

Pada 2 Ogos 2015, rapper muda ini selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Izzati.

nama Waris mula mendapat perhatian melalui lagu-lagunya yang popular iaitu “Rembau Most Wanted” dan “Gadis Jolobu”.

Kreativiti Waris dalam menggabungkan dialek Negeri Sembilan yang unik di Malaysia dengan bahasa Inggeris memberi nafas baru kepada adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Pada tahun 2017, Waris telah berkolaborasi dengan pelakon terkenal iaitu Nora Danish untuk single terbaru berjudul Ini Lagi Boom.

Lagu tersebut merupakan kali pertama artis Nora Danish cuba berjinak – jinak dalam industri nyanyian.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.