Baim Wong Selamba Makan Di Bulan Puasa Gara-Gara Terlupa, Ustaz Ini Beri Penjelasan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dimana bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sebagai umat islam, kita perlu berpuasa selama sebulan namun lain pula ceritanya dengan artis terkenal di Indonesia iaitu Baim Wong atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim yang kelihata selamba makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jayadiirsyad, kelihatan Baim sedang makan makanan ringan di halaman rumahnya sambil dirakam seorang lelaki.

Kelihatan dia juga sedang kusyuk melihat beberapa orang pekerja yang melakukan sedikit ‘renovation’ di halaman rumahnya dan apa yang lebih lucu adalah, dia sempat mempelawa jajan tersebut kepada pekerjanyanamun ditolak oleh pekerja tersebut sambil tersenyum.

Ekoran berasa pelik, Baim akhirnya teringat bahawa kini mereka berada dalam bulan puasa lalu dia meletakkan makanan tersebut dan pergi meludahkan semula makanan tersebut.

Susulan terdapat pelbagai pandangan, akhirnya tukang rakam tersebut memuat naik sebuah lagi video yang menjelaskan perkara tersebut.

“barang siapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana lupa maka tidak ada kewajiban untuk menqada (mengganti) atau membayar denda baginya”

“barang siapa yang lupa sedangkan dia sedang berpuasa lalu dia makan dan minum maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya dia telah diberi makan dan minum oleh Allah dan bagi orang yang melihat temannya saudaranya isterinya suaminya sedang makan di bulan ramadhan tidak boleh ditegur dan biarkan sahaja.. lepas dia sudah makan, baru kita tanya”

Video yang tular di laman TikTok:

@jayadiirsyad♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@jayadiirsyad Balas @ummyshop Penjelasan Ustadz Kholid Basalamah ♬ Orange (Orchestra Version) – 7!!

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 19.2M tontonan, 1.4M tanda suka, 9762 komen dan 5763 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Baim yang gelabah setelah terlupa dia sedang berada di dalam bulan puasa.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang mengakui baru tahu tentang orang yang terlupa dia sedang berpuasa menerusi penjelasan daripada ustaz tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya: