Geng Lelaki Tengah Santai Lepak, Tiba-Tiba Dengar Suara Wanita Menyanyi Di Mikrofon Pukul 2 Pagi Buat Ramai Seram

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.
Iospital phone repair gombak
Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang di sekitar mereka.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa orang lelaki ‘diganggu ketika sedang lepak pada awal pagi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fendihamzah, mereka sedang meluangkan masa bersama-sama kira-kira dalam pukul 2 pagi di sebuah Villa.

Namun apa yang menghairankan adalah, tiba-tiba mereka terdengar terdengar suara wanita menyanyi pada mikrofon bluetooth.

Malah, suara itu merupakan suara seorang wanita yang menyanyikan lagu A Thousand Years oleh Christina Perri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meremang bulu roma mendengar nyanyian tersebut malah ada juga yang menyangka mungkin ada jiran-jiran yang connect bluetooth tanpa sengaja.

Lelaki ini bagaimana pun memuat naik sebuah lagi video untuk menjawab persoalan orang ramai dengan memaklumkan taida sesiapa yang berada berdekatan dengan mereka.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan jika terbluetooth dengan orang lain dengan jarak yang jauh, suara tersebut tidak akan jelas seperti itu.

“Kalau setakat kena ganggu macam ni, saya pun takut bang” – Netizen

Antara komen warga maya:

“Bayangkan tengah pening pikirkan suara siapa tetiba dia mengilai kat speaker tu”

“Bagilah hantu tu nyanyi kejap dia nak healing”


“Bluetooh connection kalau jauh sikit dia takkan clear macam ni.. memang nak kacau korang kot benda tu..”

“Nasib dia tak mengilai guna mic tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@fendihamzah SERAM MAT #jeram #selangor #villa ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

@fendihamzah Replying to @Dapur Pasak tak jumpa 😂#seram ♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

@fendihamzah Replying to @NailiAzman ♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

@fendihamzah Replying to @⚡TheFlashMalaysia ⚡ sambungan dia. #seram #jeram #selangor ♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

@fendihamzah Replying to @Tae Tae ini bila keluar kedepan sikit dah putus suara #jeram #seram #selangor ♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta