“Besar betul” Anak Murid Bagi Udang Galah Fresh Untuk Sedekah Pada Guru Raih Perhatian Netizen

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang murid memberikan 3 biji kismis pada gurunya. Lebih terharu, dia memasukkan 3 biji kismis tersebut di dalam satu sampul menggunakan kertas dan stapler.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru telah menerima hadiah yang lain daripada lain dari muridnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @cikguspiderman7, , kelihatan dia berkongsi kisah ketika anak muridnya sedekah makanan.

Pun begitu, apa yang lebih menarik adalah apabila anak muridnya itu dengan selamba membawa udang galah segar masuk ke kelas malah saiz udang galah yang besar itu membuatkan ramai terkejut melihatnya.

Difahamkan, guru yang bertuah itu mengajar di salah sebuah sekolah di Sarawak bahkan dia sempat berseloroh mengatakan itu salah satu sebab ‘best’ mengajar di kawasan pedalaman.


“Syok sekolah pedalaman.. udang sampai ke kelas.. nikmati udang fresh di kampung” ujarnya di ruangan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen syak mungkin guru tersebut merupakan guru ‘favourite’ di sekolah itu menyebabkan ramai murid yang sayang padanya.

“3 tahun di sarawak, orang-orang Sarawak baik dan sangat pemurah bab makanan ni ya” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui mungkin itu salah satu cara murid tersbeut membalas jasa gurunya yang mengajar dengan ikhlas dan baik terhadapnya.

Antara komen warga maya:

“Hadiah mahal tu”

“Kami balas dengan budi dan bahasa”


“Untung cikgu.. kita kat sini tak dapat macam tu..”

“Biar kami tak kaya segi wang ringgit.. tapi kami kaya dari segi makanan yang boleh dikongsi bersama tanpa rasa susah”

“Abah saya ngajar pedalaman.. musim buah satu bonet bawa balik buah..mengajar kat sana tak stress..”

“Saya pun guru pelatih di sarawak sekarang, akui masyarakat sarawak peramah sangat2..”

“Mesti balik rumah terus masak maggie..”


Video yang tular di laman TikTok:

@cikguspiderman7 syok sek pedalaman…udang sampai ke kelas😀..nikmati udang fresh di kg#cikgutiktok #tiktokguru #cikguspiderman #cikgupedalaman #pendidikan #cikgu #udang #melanau #sarawak #pancing ♬ suara asli – Natta | Wardah – UmmaBaba