Gempa Bumi Indonesia, Tugu Monas bergoyang PALSU


Gempa bumi berskala 6.4 pada skala Richter berlaku di wilayah Sukabumi, Jawa Barat pada Selasa, dan kesan gegarannya turut dirasai di ibu kota Jakarta.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi itu yang berpusat di kira-kira 81 kilometer barat daya Lebak Banten, berlaku kira-kira 1.34 petang.

Gempa bumi itu turut menyebabkan gegaran di ibu kota Jakarta dan orang ramai panik bergegas keluar dari bangunan.

Menurut BMKG tiada ancaman tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi itu dan setakat ini belum terdapat maklumat lengkap berkenaan kesan kerosakan dan kemalangan jiwa akibat kejadian.

Sumber: Malaysiakini