Kongsi Menu Diet ‘Bajet’ & Sedap, Atikah Suhaimie Undang Inspirasi Netizen

Tidak dinafikan, kebanyakan golongan wanita pasti mengimpikan dan menyimpan hasrat untuk memiliki tubuh badan yang langsing dan ideal.

Namun boleh dikatakan bukan semua orang mampu melakukannya lebih-lebih lagi tentang hal pemakanan. Manakan tidak, makanan di Malaysia ini sememangnya cukup menyelerakan.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, seorang pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaimie sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik satu video di laman TikTok miliknya mengenai menu dan resipi untuk menurunkan berat badan.

Bukan itu sahaja, dia juga sering berkongsi video sehinggakaan ramai cemburu dengan kecantikannya.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 31 tahun ini telah berkongsi menu diet ‘low budget’ yang boleh mengenyangkan perut sehingga waktu tengahari.

Dalam rakaman itu, dilihat Atikah sedang memasak ‘scrambled eggs’ yang juga diletakkan cendawan, bawang putih dan merah, secubit garam, serbuk lada hitam serta dihidangkan bersama sayur ‘lettuce’.

Malah dia turut menyediakan air kopi o tanpa gula untuk dinikmati makanan itu.

Menurut Atikah, seseorang itu tidak perlu sentiasa mengeluarkan banyak perbelanjaan kerana ada sahaja menu yang boleh membuatkan perut kenyang untuk satu tempoh yang lama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelabagai reaksi dengan perkongsian menu berkenaan. Malah ada yang turut mengatakan sudah mencuba resipi itu dan sememangnya sedap serta mengenyangkan perut.

Bukan itu sahaja, mereka juga meminta agar pelakon ini akan memuat naik lebih banyak content seperti itu kerana menyukai resepi mudahnya.

Antara komen warga maya:

“saya hanya mampu doakan awak berjaya berdiet Atikah walaupun hakikatnya saya tak mampu buat…saya suka makanan…”


“saya dah cuba sis…sedap sangat tapi lepastu saya bantai nasi sepinggan, lapo sis..”

“i nak cut makanan ni payah jadi i ambik jalan malas…i bersauna dan minum banyak plain water je…”

“you sebaya dengan i…tapi you look young lah…kan best i dapat jadi cantik macam u…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@atikahsuhaimeeee Menu breakfast/brunch murah tapi kenyang ❤️ #fyp #singaporetrending #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – atikahsuhaimeeee