Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Slam Buat 2,000 Penonton Sebak

Umum mengetahui, kesihatan penyanyi terkenal Zamani Slam yang semakin membongkok akibat penyakit scoliosis itu telah berada di tahap yang agak teruk. Walau bagaimanapun, dia memaklumkan bakal melakukan proses pembedahan awal bulan November.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, baru-baru ini telah berlangsunya ‘Konsert Doa Buat Zamani Unplugged’ di Zepp Kuala Lumpur yang dihadiri sebanyak 2,000 penonton selama dua jam. Difahamkan, konsert tersebut juga merupakan persembahan terakhir sebelum melakukan pembedahan tulang belakang.

Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh Zamani pada malam itu ialah Kurnia, Syair Si Pari-Pari, Kala Hujan, Entah Mengapa dan Gerimis Mengundang.

Menurut sumber, konsert ajuran Indera Entertainment ini telah menampilkan penyanyi undangan bertaraf lagenda seperti Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Fauziah Latiff. Bukan itu sahaja, ia turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi yang pernah memberi sumbangan kepada penyanyi sebelum ini juga telah mewujudkan tabung untuk mencari dana buat Zamani pada malam tersebut.

Malah dia turut membuat kejutan dengan melelong beg berjenama mewah miliknya yang berharga RM14,000 kemudian dibeli oleh penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris dengan harga RM15,000.

Meskipun tidak berada di kondisi yang sihat, penyanyi ini tetap memberikan persembahan yang terbaik dan sempat meminta doa orang ramai agar pembedahannya akan berjalan dengan lancar.

“Minta maaf jika nyanyian saya tak sampai atau tersalah atas faktor kesihatan saya. Harap semua faham. Persembahan malam ini santai-santai saja dan harap semuanya terhibur.

“Saya cukup terharu dengan sumbangan yang diberikan peminat dan kiriman doa daripada anda pun sudah cukup bermakna buat saya…”

“Doakan pembedahan saya nanti berjalan lancar… saya akan terus menyanyi untuk anda semua. InsyaAllah,” ujarnya.


Meninjau di ruangan komen, warga netizen juga turut menitipkan doa buat kesihatan penyanyi vokalis kumpulan Slam agar pulih seperti biasa.

Antara komen warganet:

“moga selamat menjalani proses pembedahan oleh Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan abang Zamani ketika sebelum dan selepas itu Insha’Allah..”


“sedihnya tengok zamani yang buat juga konsert untuk support pembedahan..minat betul suara zamani kena pula lagu best-best..semoga dipermudahkan urusan pembedahan..”

“berkualitinya artis zaman-zaman aku ni..bakat yang tahan lama..setiap generasi kenali suara dia ni..”

“cepat cepat sihat bang..adore sangat suara abang zamani…gigih betul dia dalam sakit sakit dia..terpuruk..macam mana pon abang zamani orang tetap minat tetap suke..ini dia vibe artis lama yang takda pada artis baharu..”