“Gaya sebiji baba dia” Jebat Jayden Tular Lagi di Madinah, Kali Ni ‘Tazkirah’ Air Zam-Zam Buat Ramai Geram

Nama Jebat Jayden tidak usah diperkenalkan lagi kerana celoteh dan gelagatnya yang periang sering menghiburkan hati netizen di media sosial.

Iospital phone repair gombak

Buah hati Noor Nabila bersama Shaarnaz Ahmad ini juga bukan sahaja comel, malah petah menjawab segala soalan yang diajukan, membuatkan orang ramai geram melihatnya!

Seperti yang kita tahu, 23 Februari lalu Jebat bersama ibunya sekeluarga telah berangkat dan selamat tiba ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Memandangkan ianya kali pertama Jebat dijemput ke sana, si cilik itu teruja malah macam-macam hal yang diborakkan sepanjang berada di sana.

Terbaharu, tular satu video di Instagram milik Jebat sendiri, @jebatjayden, memaparkan kanak-kanak itu menyampaikan ‘tazkirah’ sambil berehat.

Jebat bercerita mengenai manfaat minum air zam- zam kepada keluarga. Malah, ketika ahli keluarga bertanyakan soalan berkenaan solat, dia terus menjawab dengan yakin tanpa kekok.

Jebat yang turut mengenakan kopiah “Jayden”, baju t hitam bersama seluar hijau tua lantang berkata-kata sehinggakan jemaah di sekeliling turut terhibur mendengar kata-katanya.

“Kalau kita minum banyak, muscle kita jadi yembek yembek,” kata Jebat menerusi videonya

Paling menarik perhatian, gaya bersahaja Jebat seakan-akan gaya ayahnya ketika berceloteh panjang. Lagi-lagi bila tangannya diletakkan di peha. Sama!

Sejak video comel itu dimuat naik beberapa hari lalu, ianya berjaya mencecah jumlah tontonan sehinga 1.1 juta manakala meraih sebanyak 143,175 tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kepetahan kanak-kanak berusia 5 tahun itu bertutur walaupun pelat masih gigih mencuba untuk beramah mesra dengan orang di sekelilingnya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“Tiba2 ada slang sabah skit 😂 gewammm laa jebat uiii😍😍😍”

“Bila dia letak tgan atas peha terus auto mcm babah jebat😍”


“Masyaallah jayden cara duduk sejibik pak dia la hahah..cuba tengok time pak dia belakon duduk cm gitu hahhaha”

“Kalau Jebat duduk sana sebulan, sure boleh cakap arab dah budak bijak ni ❤️❤️”

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden)