Isu Berat Badan Jadi Bualan Netizen, Jawapan Matang Almy Nadia Buat Ramai Kagum!

Sejak kebelakangan ini nama Dato Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia menjadi sebutan ramai di media sosial.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, ramai yang menegur berat badan Almy Nadia yang naik mendadak selepas melahirkan anak bongsu namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah suaminya langsung tidak kisah malah akui bahagia dengan isterinya itu.

Terbaru Datin Almy Nadia akhirnya menjawab beberapa soalan mengenai dirinya telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh @keluarga.my, kelihatan Datin Almy Nadia menjawab isu tentang penampilan dirinya yang dikatakan terlalu simple dan bentuk badan tidak seperti dulu lagi.

“Mungkin saya terlalu simple, tapi saya ada mission dan kerjaya saya sendiri. Saya tak kisah orang nak kata saya apa sekali pun. Saya sangat simple, saya tak boleh jadi orang lain”

“Saya jadi diri saya supaya saya berpijak di bumi yang nyata. Suami saya selalu pesan, kita ukur baju pada badan sendiri. Jangan ukur pada badan orang lain tapi kita cuba pakai pada badan kita sendiri,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan jawapan yabg diberikan oleh Almy Nadia malah akui itulah pengorbanan sebenar seorang ibu.

“Pengorbanan seorang ibu, love Almy Nadia. Cukuplah kalau suami dia sayang dia. Yang penting dia still cantik and muka glowing!” – Netizen

Antara komen wargamaya:

“betul tu..sy sokong..kita kena jd diri sendiri..semoga terus menjadi mama yg terbaik buat ank² dan menjadi isteri teristimewa buat suami..”


“setuju tu datin kerjaya isteri selepas b’kahwin adalah m’urus rumahtangga itu yg t’baik b’ada di smping family hope datin & suami bahagia to jannah”



“betul…be yourself amy..”


“bahagia isteri bila punya suami yang sentiasa menasihati dan menyokong dengan baik dari setiap sudut…”


“entahla. kadang sedih betul dgn netizen. doa dia sihat dan bahagia bersama family dah la..Dari dulu memang suka almy ni. baik& lembut jer orangnya..”

Video yang tular di laman TikTok:

@keluarga.my Rupanya cara Fizz Fairuz penyebabnya 💕#keluarga#foryoupage #fyp #sspn#ptptn#almynadia ♬ Isteri – Alif Satar & The Locos