Dua Puteri Syeikh Muszaphar Ambil Lesen Scuba Diving, Netizen Sempat Seloroh Mesti Hantaran Mahal

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sering mendapat perhatian di media sosial kerana selalu menceritakan perkembangan terkini anak-anaknya terutama sekali anak perempuannya.

Iospital phone repair gombak

Beliau turut selalu menerima pujian ramai kerana sering menunjukkan contoh parenting yang baik, secara tidak langsung membantu ibu bapa di luar sana berhadapan dengan anak-anak.

Baru-baru ini, beliau sempat berkongsikan di mana Isabella, 12, dan Sophea Natasha, 10, sedang mengambil lesen menyelam, membuatkan netizen terpegun!

Rakaman yang dimuat naik di TikTok dan Instagram itu memaparkan dua anak perempuannya bersedia terjun ke dalam laut, dilengkapi dengan peralatan keperluan untuk aktiviti scuba diving.

Terdahulu, kedua mereka hanya dilihat berlatih di sebuah pusat latihan renang sebelum mengambil lesen aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan sifat Syeikh Muszaphar yang sangat supportive terhadap anak-anaknya sedikit sebanyak boleh dicontohi oleh ibu bapa di luar sana,

Ketika meneropong ke ruangan komen, netizen berasakan anak angkasawan ini beruntung kerana meskipun masih awal remaja, sudah diberikan pendedahan ilmu yang pelbagai.

Selain itu, tak kurang juga daripada mereka berseloroh mengatakan pasti hantaran kedua-dua puteri Syeikh Muszaphar tinggi, setimpal dengan kepintaran mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“sgt² beruntung anak Dr Sheikh ni.. rezeki dpt parents yg push n mampu utk discover potential anak⁶.. BarakAllahu fiekum.. suka tgk share dr..smga”

“These girls wont settle for less 🔥”

“ni kalau jodoh nanti bukan kaleng2”

“bestnyaa kecik2 dah dpt pengalaman dan peluang mcm ni”

“do they play other sports Doc?”

Video yang tular di laman TikTok dan Instagram

@drsheikhmuszaphar #scubadiving ♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia