Gara-gara Seorang Warga Bangladesh Rentas Negeri, 3 Kawasan Dilaksanakan PKPD di Genting HIghland

Seorang warga asing dipercayai Bangladesh yang bertindak merentas negeri dari Selangor ke Genting Highland semata-mata untuk mengunjungi rakan-rakannya yang berada di sana telah mencetuskan kluster Genting sekali gus menjangkiti mereka.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi laman Twitternya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa buah tempat dilaksanakan.

Dr Noor Hisham melaporkan kes indeks melibatkan seorang warga asing Bangladesh itu merentas negeri ke Genting Highland telah menyebabkan jangkitan positif Covid-19 ke penduduk di sekitar tersebut.

“Dimaklumkan kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes index seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat & menjangkiti rakan2. PKPD telah dikuatkuasakan di Amber Court, Ria apartment dan Rumah Kongsi Kg semaut.”

Terdapat beberapa kawasan dilaksanakan PKPD termasuk di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut mulai 10 hingga 23 Disember 2020.

Pada 4 Disember lalu, dimaklumkan kluster tersebut dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang, juga melibatkan kes di Titiwangsa dan Bentong apabila kes indeks ke-66,878 dilapor positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.