Gara-gara Fikirkan PU Abu, Anak Dalam Kandungan Tak Aktif

Siapa yang tak sedih apabila rumah tangga yang dibina hancur berkecai angkara kewujudan orang ketiga yang tidak berhati perut.

Itulah yang terjadi kepada bekas isteri PU Abu, Ain ‘Afini yang meluahkan rasa sedih dan terkilannya selepas anak di dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif.

Perkara ini terjadi susulan daripada tekanan yang dialaminya sepanjang kes penceraiannya sebelum ini.

Menurut Ain, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu. Ain nyata terkejut apabila doktor memberitahu bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif seperti biasa.

“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif.

Ain memberitahu doktor menasihatkannya untuk berehat.

“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,” luah Ain di dalam satu laporan MHE TV.

Ain juga menambah, Abu ada meminta untuk kembali dengannya, tetapi dia menolak kerana Abu sudah pun memilih janda sebagai isteri.

“Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang.

Bagi Ain, sokongan ibu bapa dan keluarganya membuatkannya kuat menerima dugaan ini.

“Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,” jelas Ain.

Sebelum ini PU Abu didakwa meninggalkan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan demi seorang janda usahawan kosmetik.