Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, pasti ada sahaja yang insan yang dengki dengan kehidupan dan kebahagiaan orang lain sehingga sanggup melakukan apa sahaja mengikut emosi dan hawa nafsu malah terkadang emosinya melebihi kewarasan akal fikiran.

Pada zaman ini, masih ramai yang menggunakan cara ‘halus’ untuk mengkhianati orang lain seperti melakukan perkara syirik yang secara dasarnya memang jauh tersasar dari ajaran agama Islam.


Tidak kiralah agama apa sekali pun namun pastinya setiap agama tidak mengajar kita untuk mengkhianati orang lain.


Persis dengan kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita melihat dengan mata kepalanya sendiri dimana ada seorang insan berpakaian serba putih datang ke rumahnya pada tengah malam dan menabur ‘sesuatu’ di halaman rumahnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @n.shzana, dia terjaga daripada tidur ekoran bunyi enjin kereta yang agak kuat dan bunyi anjing menyalak yang sangat bising pada pukul 2:35 pagi.

Dia juga sempat merakam wanita tersebut yang keluar daripada kereta dan menabur sesuatu di halaman rumahnya.

“Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku? Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam.”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

“Allah nak tunjuk ada orang buat khianat dekat family aku..apa yang kau lempar depan rumah aku pagi2 buta ni?”

Video yang tular di applikasi TikTok:

@n.shzana Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?😢 Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.5M tontonan, 166.6K tanda suka, 18.5K komen, 10.5K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meminta wanita tersebut untuk pergi berubat dengan ustaz dan membuat laporan polis.



Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.