Gara-Gara Baju Sama Dengan Pesakit, Pak ‘Guard’ Terus Tak Bagi Keluar Wad Buat Ramai Terhibur!

Seperti yang kita sedia maklum, setiap hospital mempunyai seragam baju pesakit mereka yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kisah seorang gadis ini tular apabila dia telah ditahan oleh pengawal keselamatan kerana dia memakai kemeja yang mirip seperti seragam hospital tersebut telah membuatkan orang ramai terhibur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rajanurul123 itu, dia terhibur apabila melihat sepupunya itu ditahan oleh pengawal keselamatan dan tidak dibenarkan keluar daripada wad disebabkan bajunya yang sama betul seperti baju pesakit di hospital berkenaan.

“Punca kenapa cousin aku kena tahan dengan pak guard tak bagi keluar wad. Baju dia sama dengan patient,” tulisnya di ruangan video tersebut.

Sempat lagi wanita itu membandingkan baju pesakit yang dipakainya dengan baju yang dipakai oleh sepupunya itu.

Betul-betul sama! Patutlah pengawal pun boleh ‘confuse’.

Kemungkinan pengawal itu keliru dan fikirkan sepupu gadis itu merupakan salah seorang pesakit di sana yang cuba untuk keluar dari wad tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 1.7M tontonan, 129.7K tanda suka, dan 2189 komen di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai turut berasa terhibur dan tertawa melihat kejadian itu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama dengan gadis tersebut dan berseloroh mengenainya.

Antara komen netizen:

“teringat mak aku, dia pakai baju warna hijau sage pergi mall, org ingat dia lari Dari hospital bahagia 🙃😅🤣”

“yang aku pesakit… pakai baju sweter..pastu g dok kerusi pelawat katil hujung.. elok sembang2.. kena halau..😂😂😂”


“hahahaha aq pernah… masa tu first time abah msuk ward.. aq X tau lak bju lam Ward dh tukar ke jalur2 biru gtu ingat hijau cam dulu 🤣”

“hahahaha… maaf dik.. akak terpaksa gelak…😁😁… ni mmg rarele.biasa kena marah ngan guard sbb xleh masuk ward atau kena halau sebab lebih masa”

Video TikTok yang tular:

@rajanurul123

hahhaaa…adoii..kesian dia…merahhh mukeee🤣🤣

♬ Funny – Gold-Tiger