Dikritik Kerana Penampilan Labuh & Macam ‘Makcik’, Mia Ahmad Tetap Jaga Niat

Menjadi seorang selebriti sememangnya tidak pernah putus dari menerima sebarang komen serta kata-kata yang negatif dari segelintir netizen mahupun ‘makcik bawang’. Manakan tidak, jika kesilapan hanya sekecil kuman, pasti mereka akan lagi membangkitkan isu tersebut.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang pelakon terkenal Mia Ahmad atau nama sebernanya Samihah binti Ahmad Baderi ini yang mengatakan ada segelintir pihak yang mempertikaikan penampilannya. Walaupun sudah setahun tampil berhijab dan sopan dia hanya berharap agar dirinya tetap sentiasa istiqamah dan menjadi lebih baik daripada sekarang.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, dia menulis coretan luahan hatinya. Difahamkan, ada individu yang menganggap tudung labuh yang dikenakan olehnya seperti makcik-makcik dan tidak mengikut peredaran zaman. Namun, dia menjelaskan penampilannya itu kerana Allah.

“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden…Sorry, I dress for Allah…Ada yang cakap I tak kan istiqomah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah,”

“I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik. Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua…”

“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meskipun diberi ujian sebegitu, Mia berharap agar niatnya untuk istiqomah sentiasa dipermudahkan bukan hanya untuknya malah untuk semua orang,

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan sopan yang ditunjukkan oleh pelakon ini. Malah mereka turut menitipkan doa serta memberikan kata-kata semangat dan positif buat pelakon ini agar terus istiqomah dalam menutup aurat.

Antara komen warganet:

“Tudung labuh kalo pandai gaya,moden juga..asalkan tutup apa yg perlu ditutup…kdg yg tutup tu lg cantik dr yg terbuka..”


“Masya Allah…Alhamdulillah….kita berubah bukan kerana makhluk…kita berubah kerana Allah SWT…kita nak dapat Redha Ilahi…semoga Mia terus istiqomah di jalan-NYA, aamiin Ya Rabb”

“Masha’Allah moga terus istiqomah ya..doakan untuk saya juga..”

“Alhamdulillah moga sama sama kita istiqamah setelah kita diuji..tanda Allah sayang buat hamba terpilih..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)