[GAMBAR] Comel Sangat, Raja Nazira Safya Puteri Sultan Perak Jadi Perhatian Netizen

Sebelum ini viral di media sosial mengenai gambar Raja Kechil Besar Perak,Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mencium tangan Putera Charles sewaktu kunjungan Pewaris Diraja Britain itu dan isterinya Camilla, Duchess of Cornwall di Istana Iskandariah untuk berjumpa Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Gambar tersebut telah mendapat pujian netizen dengan menggambarkan peribadi Raja Azlan yang dididik oleh Ayahanda dan bonda nya dengan begitu tertib sekali.

Wajah Puteri Perak Tular Di Media Sosial

Buat anda yang tidak tahu mengenai keluarga diraja ini, Sultan dan Raja Permaisuri Perak turut mempunyai seorang puteri yang berusia 4 tahun, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Raja Nazira Safya telah dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada jam 10:30 pagi tanggal 2 Ogos 2011 dan merupakan puteri tunggal kepada Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim.

Raja Nazira Safya juga merupakan cucunda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Nama Penuh Raja Nazira Safya berserta gelaran rasmi ialah Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, SPCM, SPMP.


Raja Nazira Safya menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur International School (Alice Smith School) 2014 sehingga kini.

Nama dan wajah puteri kesayangan Negeri Perak ini mula diperkatakan apabila keletahnya ketika majlis pertabalan Sultan Nazrin Shah menjadi Sultan Perak yang ke 35 mula tular dengan begitu pantas sekali.

Jadi ‘Default Picture’

Mewarisi kecantikan dari bonda nya, Tuanku Zara Salim, wajah Raja Nazira Safya yang begitu comel tidak boleh disangkal lagi.

Selepas tularnya gambar dan keletah beliau, terdapat ramai netizen yang menggunakan wajahnya sebagai ‘default picture’ mereka di laman sosial.

Pasti apabila meningkat dewasa nanti, kedua-dua putera dan puteri penyeri Negeri Perak ini akan mewarisi kebijaksanaan memiliki rupa paras yang tampan dan cantik seperti kedua-dua Raja dan Permaisuri Perak.