“Gaji dah la ciput kerja mcm gaji 5K” Kedai Runcit Terpaksa Ditutup, Netizen Dedah Sebab Orang Taknak Bekerja Retail

Keadaan ekonomi inflasi dan semua harga barang meningkat mendorong orang ramai untuk bekerja lebih keras tidak kira di dalam sektor apa jua.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, industri Food and Beverage (F&B) antara yang merudum dari segi pekerja tak kira restoran besar mahupun kecil sehingga tidak mampu memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Malah, kedai runcit dan pasaraya turut mengalami perkara yang sama.

Tempoh hari, seorang lelaki yang menggunakan nama @mruh20 di TikTok telah berkongsi satu video yang memaparkan keadaan sebuah kedai runcit terbiar.

Menerusi video yang dikongsi, kedai runcit itu kelihatan suram dan tidak berlampu. Malah tiada seorang pun yang bekerja di situ.

Selain itu, kedai runcit berkenaan seolah sudah lama tidak beroperasi walaupun stok barangan seperti snek dan mi segera masih penuh tersusun di rak.

Notis Jawatan Kosong turut ditampal di cermin kedai runcit. Melihat keadaan di situ, dia berkesimpulan mungkin ketiadaan pekerja telah memaksa kedai tersebut menghentikan operasinya.

Fenomena ‘The Great Resignation’ dilihat menjadi satu masalah serius yang sedang melanda bukan sahaja industri F&B tetapi juga retail.

Apabila melihat reaksi warganet di ruang komen, rata-rata mengemukakan sebab-sebab seseorang berhenti kerja daripada bidang berkenaan. Termasuklah kerana gaji dan kerja yang terlalu banyak.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Nak kerja lebih tapi rate gaji masih rm1350..Lagi2 fnb..Penat..kerja kilang berdiri 12 jam tapi berbaloi sikit”


“ayat majikan bila staff nak benti “nak benti, bentilah ramai lagi nak kerja” angkuh nya jwpn 😌”

“satu kedai jaga dua orang. Kita la topup stock,kita la cashier,kita la cleaner,kita la promoter. Gaji kemain kedekut pastu nak duduk kejap pun x boleh”

“kat sini bleh tgk employees vs employer. senang cerita klau dah gaji murah sngt takkan la org nk brenti, gaji dah la ciput krja mcm gaji 5k.”

Video yang tular di laman TikTok

@mruh20 Retail juga terkesan.. bukan F&B saja gais #fyp #fypシ #resignation ♬ Hekate – End Of The Worlds