Gaji Cecah RM10Ribu Sebulan, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Buat Duit Sebagai ‘Rider’

Sejak akhir-akhir ini, peluang pekerjaan yang disediakan oleh pelbagi syarikat penghantar makanan, mendapat sambutan yang menggalakkan.

Malah, waktu kerjanya yang fleksibel turut menarik minat orang ramai untuk menjadi rider kepada syarikat-syarikat tersebut.

Bia[un begitu, selalu wujud persepi yang negatif kepada golongan rider ini kerana mereka sering dilihat menunggang laju di jalan raya.

Walau bagaimanapun, siapa sangka di sebalik kerjaya yang perlu menghadap hujan, panas dan berisiko tinggi ketika membawa motosikal di jalan raya memberikan pendapatan yang agak lumayan.

Seperti yang tular beberapa hari lepas, tangkap layar yang menunjukkan gaji harian yang telah diterima oleh rider penghantar makanan ini membuatkan netizen terkejut.

Manakan tidak, jumlah keseluruhan yang berjaya diperoleh selama 2 bulan adalah mencecah sehingga RM18,000 dan bagi sebulan dia berjaya memperoleh sebanyak RM9,000.

Bahkan, jika dilihat pendapatan hariannya boleh mencecah sehingga ke RM400.00 dan paling sedikit adalah RM110.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amirul Azmi, turut membuat kira-kira bagi gaji rider ini.

Menurut lelaki ini, untuk mendapat gaji sebanyak itu, seseorang rider perlu bekerja 12 jam sehari selama 30 hari sebulan dan perlu selesaikan sebanyak 44 tempahan.

Malah, masa yang diperuntukkan untuk satu tempahan hanyalah 16 minit sahaja. Tidak berakhir di situ, lelaki ini turut membuat kiraan kasar dengan kadar upah sebanyak RM6.81 bagi setiap tempahan diterima.

Menerusi laporan OHBULAN! seorang rider dikenali sebagai Afif tampil menjelaskan situasi yang sebenar berhubung kisah gaji yang tular ini.

“Tak mustahil pon kalau rider boleh dapat 9k, tapi itu semua bergantung kepada kerajinan rider tu sendiri (waktu bekerja) performance batch (diff batch, diff payment rate), tempat (kalau kat bandaraya, demand tinggi so lagi banyak penghantaran boleh dapat).”

Jelasnya lagi, semua ini juga bergantung kepada rezeki rider itu sendiri berikutan jarak penghantaran makan tersebut, ada yang dekat dan ada yang jauh.

Jika jaraknya dekat, rider tersebut mampu membuat 3 hingga 5 pesanan tetapi jika lokasi rumah pelanggan jauh, kemungkinan rider hanya boleh menghantar makanan tersebut sebanyak 1 hingga 2 pesanan sahaja dalam tempoh sejam.

Selain itu, Afif turut menjelaskan bukan senang untuk seseorang rider itu untuk memperoleh sebanyak RM9k, semua itu bergantung kepada jumlah pesanan, dan harga bayaran yang diterima mengikut pesanan tersebut.

“Bukan semua buat full-time, ada yang part time. So gaji depends. tapi secara average, untuk full-time rider mostly diorang akan bekerja dlm 10-12 jam sehari selama 7 hari, ada juga 6 hari (depends atas rider nak amik syif bila, berapa jam nak buat, because takde boss kan so kalau rasa nak buat, amik je jadual syif kerja). ni based on my own observation la.”

Tambahan pula, duit tips yang diberikan oleh pelanggan juga dapat menampung perbelanjaan duit makan dan duit minyak motosikal mereka.

Lazimnya, rider yang bertugas akan meletakkan satu matlamat untuk mendapatkan sebanyak 40-60 pesanan setiap hari.

Malahan, jika rider itu merupakan batch yang pertama dan kedua, tidak mustahil untuk mereka mendapat sebanyak RM7k sehingga RM10k.

Namun, jika rider itu bukan daripada batch yang pertama atau kedua, mereka boleh memperoleh sehingga RM3k hingga RM4k.

Di penghujung temu bual, Afif sekali lagi menegaskan semua ini bergantung kepada rezeki, dan kerajinan rider itu sendiri.

“Tapi yang bergaji lingkungan 5k-10k tu, its real. tak mustahil.”