“Gaji aku lagi tinggi dari komisen korang,” Bunga Berang Staff Machines Beri ‘Customer Service’ Buruk

Penyanyi Bunga mula dikenali umum menerusi satu klip video di YouTube bertajuk 16 Baris bersama Joe Flizzow dan meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta. Rancangan tersebut menampilkan ‘rappers’ dari Asia Tenggara dikendalikan oleh Joe Flizzow.

Noor Ayu Fatini atau Bunga merupakan penyanyi rap wanita bertudung pertama di Malaysia dan tampil mengenakan baju kurung setiap kali tampil di pentas. Penyanyi ini mula mendapat perhatian media antarabangsa selepas muncul dalam rencana The New York Times dan rakaman video terbitan Bloomberg.

Baru-baru ini Bunga telah meluahkan perasaan tidak puas hati kepada layanan buruk yang dipercayai diberikan oleh perkerja Machines KLCC.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok  @yanaothmannn  menyatakan dia datang ke kedai tersebut dan bertanyakan mengenai adapter yang ingin dibeli boleh digunakan pada telefon bimbit serta iPad jenama Apple kepada seorang pekerja.

BACA: “Nak jugak” Sakit Hati Staff Tak Angkat Call, Bos Terus Bagi iPhone Baru Buat Netizen ‘Jealous’

“Thank You Bunga! Suarakan pendapat mengenai Cara Serve Customer by Machine KLCC STAFF! Actually aku pun penah kene! Pakai slekeh dorg layan tak layan je! Rupenye ramai dah kene ye! #iphone #machineklcc #customerservice” tulis pengguna TikTok di ruangan kapsyen yang juga berterima kasih kepada Bunga kerana menyuarakan isu tersebut.

Dengan berpakaian t-shirt serta sweatpants biasa, pekerja berkenaan menjawab soalan Bunga dengan jawapan yang tidak sewajarnya serta kurang menyenangkan.

Menurut Bunga dia turut menanyakan soalan dengan nada yang sopan namun dirinya masih tidak dilayan sebagai pelanggan mungkin kerana baju yang dipakainya ketika itu.

Penyanyi ini juga mengharapkan agar pekerja di luar sana memberikan layanan yang baik kepada pelanggan walaupun hanya berpakaian biasa dan tidak menghakimi seseorang daripada luarannya sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan luahan perasaan Bunga yang berang akan layanan yang diberikan di Machines KLCC berkenaan. Mereka juga pernah berhadapan situasi yang sama namun tempat yang berlainan termasuk lah pelakon Bella Astillah.

Antara komen warga netizen di laman TikTok:

“Kenapa staff machine macam ni ek? Bukan first time i dengar..”


“Tapi kan machine punya customer service memang out”

“Ttbe rasa nak tengok muka staf tu..”

“Machine pavillion bukit jalil pun sama ye mentang kita pakai selipar terus takde sapa nak layan”

“Kadang dorang lupa, dorang tu promoter je dekat situ..bukan owner..”

Video yang tular di laman TikTok:

@yanaothmannn Thank You Bunga! Suarakan pendapat mengenai Cara Serve Customer by Machine KLCC STAFF! Actually aku pun penah kene! Pakai slekeh dorg layan tak layan je! Rupenye ramai dah kene ye! #iphone #machineklcc #customerservice ♬ original sound – yanaothman