Gadis Buat ‘Nose Lifting’, Netizen Kecam Gara-Gara Mengubah Ciptaan Tuhan

Dalam islam sendiri, kita diharamkan untuk mengubah ciptaan Allah seperti melakukan pembedahan kosmetik, mencukur kening dan menyambung rambut kecuali ianya memudaratkan atau memalukan seseorang seperti penyakit sumbing ataupun membuang misai yang tumbuh pada permukaan wajah wanita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis bertudung merah di sebuah klinik kecantikan mengubah bentuk di bahagian hidung mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bellaclinicbeforeafter, dapat kita lihat gadis itu membuat proses rawatan Nose Lifting dengan menyuntik cairan ke bahagian hidung tertentu bagi mengubah struktur dan memancungkan hidung.

Dia juga membuat rakaman sebelum dan selepas proses tersebut untuk menunjukkan perubahan yang ketara itu.

Meninjau di bahagian komen, rata-rata warga netizen mempersoalkan tentang hukum hakam agama kerana sudah terang lagi bersuluh dia merupakan orang beragama islam yang mengubah ciptaan Tuhan.

“”diharamkan ubah ciptaan Allah sis, yang asal dah cantik” -Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan bahawa hidung yang asal sangat cantik dan tidaklah membawa maksud kepada memalukan atau memudaratkan wanita tersebut.

Antara komen warga maya:

“it is not allowed in Islam, nak cabar siapa?”

“hidung asal pun dah cantik, aku hidung kene ejek pun aku tahan, pernah la terfikir nak bedah but aku syukur je janji aku comel”


“aku yang selalu kena shaming hidung besar pun tak berniat nak buat surgery”

“kan kita tak boleh ubah ciptaan Allah.. semua Allah buat cantik belaka”

“sebenarnya kita boleh je buat pembedahan hidung jadi macam ni tapi kalau hidung tu terbalik la”

“wah secara terang terangan dah.. hukum is gone”

Video yang tular di laman TikTok:

@bellaclinicbeforeafter♬ Ive nightcore – kpop nightcore